Get $25 free
loading...

BR1M ANDA GAGAL? INI PUNCANYA

Share This:

Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2018) sudah mula boleh dibuat sejak 19 Februari 2018.

Semakan boleh dibuat secara dalam talian (http://ift.tt/PIAy0l) dimenu MyBR1M, melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M (muat turun di Play Store / App Store) atau hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Walaubagaimana pun terdapat mereka yang tidak berjaya dan berkemungkinan mereka yang gagal atau ditolak dalam permohonan BR1M kali ini boleh menjadikan senarai ini sebagai panduan:

  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon yang berstatus kahwin
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan)
  4. Tidak menyertakan dokuman pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan perceraian dan penyata gaji.
  5. Maklumat peribadi yang tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan
  6. Tidak mengemaskini permohonan BR1m bagi tempoh tiga tahun kebelakang (2015)
  7. Pemohon yang menetap, belajar, bekerja di luar negara
  8. Nombor MyKad tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk nama yang berbeza dengan data JPN
  9. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau yang makan gaji
  10. Menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  11. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan permohonan

Namun begitu jika terdapat kesalahan mengisi borang atau maklumat yang tidak lengkap semasa permohonan secara manual atau online, mereka yang terlibat boleh melakukan permohonan rayuan BR1M dan melakukan pembetulan dalam borang berkaitan.

Berita baiknya kepada pemohon yang berjaya, pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 akan mula diagihkan pada Isnin depan secara berperingkat.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...