Bagi kalangan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan, kehadiran Tun Dr Mahathir bersama-sama barisan pemimpin buangan UMNO yang membentuk PPBM kedalam Pakatan Harapan, disambut dengan penuh kegembiraan. Walaupun rata-rata pemimpin ini masih terasa dengan kekejaman Mahathir semasa dia menjadi Perdana Menteri dahulu, namun kesemua ini cuba dilupakan demi mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14.
Bagi mereka, pengaruh yang masih tersisa pada diri Mahathir, Mukhriz mahupun Muhyiddin Yasin, dijadikan batu loncatan untuk mereka meraih sokongan dari kaum Melayu. Ditambah pula apabila DAP dan PKR kehilangan PAS dari pakatan mereka dengan PAN pula dilihat masih terkial-kial mencari sokongan, kehadiran Mahathir dan kuncu-kuncunya ini dianggap sebagai penyelamat buat Pakatan Harapan.
Itu pandangan bagi kelompok atasan Pakatan Harapan. Bagaimana pula akar umbi pakatan pembangkang ini? Adakah mereka bersependapat dengan para pemimpin mereka? Adakah mereka boleh menerima kehadiran Mahathir dan kesemua pemimpin buangan UMNO ini untuk menerajui mereka?
Untuk kesemua soalan ini, jawapannya adalah tidak. Ketika berkesempatan menemubual salahs eorang penyokong tegar pembangkang yang enggan namanya disiarkan, dia memberitahu, mungkin para pemimpin utama Pakatan Harapan menyambut baik kehadiran Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Namun bagi para penyokong dan ahli akar umbi, kehadiran Mahathir dan kuncu-kuncunya langsung tidak pernah disambut dan disokong.
Alasan yang diberikan adalah, sejak sekian lama mereka menyokong pembangkang, mereka telah didoktrinkan bahawa Mahathir adalah pemimpin kuku besi yang seringkali menindas pembangkang dan mereka yang tidak bersependapat dengannya. Boleh dikatakan, sesiapa yang menetangnya, mereka akan disumbat kedalam penjara atau paling tidak ditahan mengikut Akta ISA di Kem tahanan Kamunting.
Selama berdekad-dekad pemikiran mereka ditanam dengan kebencian terhadap Mahathir, hari ini mereka terpaksa pula membuang kebencian ini hanya demi Mahathir? Mana mungkin perkara ini berlaku kerana disebabkan Mahathirlah, terlalu banyak kerosakan di dalam kem pembangkang berlaku akibat kekejaman sewaktu dia mentadbir kerajaan.
Tambahan pula, sejak hampir dua dekad, mereka menjunjung fahaman bahawa seandainya Pakatan Harapan membentuk kerajaan, hanya nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sahajalah yang layak menjadi Perdana Menteri. Dia jelas tidak faham, bagaimana Pakatan Harapan boleh akur kepada kehendak Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan kali ini menerusi tiket pembangkang.
Disebabkan itulah, wujudnya usaha untuk memulaukan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Malah, jika keluar mengundi sekalipun, mereka akan merosakkan kertas undi dan tidak kisah jika kali ini mereka mengundi Barisan Nasional, bukannya mana-mana calon dari Pakatan Harapan.
Nampaknya, kehadiran Mahathir hanya disambut oleh orang atasan parti pembangkang namun tidak bagi kalangan penyokong dan ahli parti politik pembangkang. Mungkin Mahathir berasa gah yang dia dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan. Namun, Mahathir lupa, tanpa undi dari para penyokongnya, dia tidak akan kemana-mana melainkan menuju kearah kehancuran.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini