Get $25 free
loading...

Untungnya Jadi Kuda Mahathir…

Share This:

Kata bidalan, tuah ayam nampak di kaki tuah kuda, bergantung pada tuannya. Mungkin inilah yang paling layak untuk dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kegilaannya dengan kuda. Semua orang tahu bahawa Mahathir sejak dari menjadi Perdana Menteri lagi sememangnya penggila haiwan berkenaan sehinggakan mempunyai banyak kuda peliharaan samada di Malaysia mahupun di Argentina.

Melihat kepada kegilaan Mahathir ini, timbul persoalan, berapakah kos untuk menjaga seekor kuda yang ada di dalam jagaannya? Bagaimanakah penjagaannya serta deretan vaksin yang perlu diterima oleh seekor kuda peliharaannya? Adakah kosnya jauh lebih murah berbanding makanan bijirin quinoa yang dipertikaikan oleh Mahathir terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menjadikan bijirin berkenaan sebagai dietnya?

Mari kita renungkan anggaran kasar jumlah perbelanjaan bagi menguruskan seekor kuda yang dibela oleh Mahathir. Secara kasarnya, satu setengah ikat jerami kosnya ialah sekitar RM 7.81 sehari. Ada pula enam bulan bekalan tambahan mineral khas untuk kuda berharga RM117.11 iaitu 66 sen sehari.

Ada dua cawan hidangan pekat RM3.90 sehari, Farrier setiap enam minggu pada kadar RM136.62 satu trim atau kira-kira RM3.24 sehari, Dewormer setiap tiga bulan pada kadar 78 sen sehari. Pergigian kuda setahun sekali dengan kos RM487.94 dan vaksinasi asas utama seperti rabies, tetanus, influenza kuda dan vaksin rutin berharga RM370.83.

Kesemua kos penjagaan kuda untuk setahun ialah RM 7,138.14, ini makan dan penjagaan sahaja. Belum lagi termasuk kos pekerja, penjagaan kandang dan juga penjagaan kesihatan kuda jika ada apa-apa kejadian yang berlaku. Kos menjaga kuda boleh mencecah hampir puluhan ribu setahun hanya untuk seekor kuda.

Terbaru, Mahahtir cuba mengalihkan perhatian ramai kononnya kuda belaannya hanya memakan lobak merah setiap hari. Seandainya benar dakwaan Mahathir, mari kita lihat pengiraan kepada harga lobak merah yang di makan oleh kuda berkenaan setiap hari.

Secara umumnya, seekor kuda mampu untuk memakan sehingga 10 kilogram lobak merah setiap hari. Jumlah kuda-kuda yang dimiliki Mahathir di Argentina dianggarkan sebanyak 40 ekor.Harga sekilo lobak merah ini berharga RM 4.50. Andai demikian, darabkan sendiri RM 4.50 darab, 40 ekor, darab 10 kilo darab 30 hari sebulan. Maka hasilnya adalah RM 55,080 sebulan. Itu baru makanan, belum lagi ubat-ubatan.

Mari kita lihat harga bagi bijirin quinoa pula. Harga satu pek 250 gram Quinoa di negara ini adalah RM14.80 dan jika harga 10kg bijirin berkenaan ialah RM 591.60. Seandainya Datuk Seri Mohd Najib memakan 20 kilogram dalam masa sebulan, jumlah keseluruhan perbelanjaan membeli bijiran berkenaan jauh lebih rendah berbanding makanan seekor kuda peliharaan Mahathir.

Itulah sebabnya kenapa penulis katakan, bertuah dan beruntungnya kuda-kuda Mahathir. Makanannya sahaja untuk sebulan jauh lebih tinggi berbanding kereta Axia, Bezza, Saga, Persona, Myvi mahupun Alza yang kebanyakannya digunakan oleh para pengikutnya. Bayangkan wang berkenaan digunakan untuk partinya. Rasanya, Mahathir tidak lagi perlu menjadi peminta sedekah rasanya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...