Get $25 free
loading...

Awasi 5 tanda kemurungan paling umum, awal

Sedikit tekanan baik untuk kesihatan tetapi berapa banyakkah ukuran sedikit itu?

kemurungan1

Kemurungan harus dihindari kerana boleh menggangu kehidupan seseorang termasuk merosakkan hubungan peribadi, kerjaya, kesihatan dan masa depan.

fmt-ohsem-inside-article1Masalah berkaitan kemurungan sering kali disalah tafsir. Ada mempercayai sedikit kemurungan dalam hidup penting tetapi ramai yang tidak peka seberapa banyakkah ‘sedikit’ yang boleh diterima.

Manusia akan terkesan dengan kemurungan atau tekanan serius apabila berasa sedih di luar kawalan. Jadi, jangan tunggu sehingga kemurungan membawa kesan kesihatan yang negatif sebelum mendapatkan bantuan pakar.

Dalam kebanyakan kes, kemurungan boleh dikesan menerusi 5 tanda ini. Kalau anda mengalami mana-mana 3 kombinasi di bawah, anda harus bertindak segera untuk mengurangkan tahap kemurungan.

1. Tubuh terasa sakit

Mental dan fizikal manusia banyak hubung kaitnya. Apabila kesihatan mental terganggu, kita akan berasa sakit di tubuh dan ia bukanlah satu petanda baik. Ia membawa petanda kemurungan sedang menyerang diri anda. Biasanya bahagian belakang iaitu pinggang belakang, tengkuk atau belakang leher menjadi kawasan yang sering diserang rasa sakit akibat kemurungan.

2. Aktif di media sosial

Kalau anda terlalu asyik dengan media sosial, ia boleh menunjukkan tanda awal kemurungan. Ini kerana obsesi media digital turut menyebabkan kerosakan minda dan akal. Sikit-sikit nak kongsi dalam status Facebook, mencaci orang di Twitter dan kongsi gambar berelemen negatif di Instagram, mungkin isyarat anda sedang alami kemurungan.

3. Terlalu banyak berfikir

Kemurungan menyebabkan akal kita terlalu sibuk berfikir. Tetapi biasanya berlaku semasa anda sunyi atau bersendirian dan fikiran mula menjadi negatif.
Apabila sedih, cemas dan tidak bahagia, fikiran kita akan lebih berat demi menjaga perasaan suram dalam diri.

4. Tidak mengurus diri dan keluarga

Mereka yang menderita dengan kemurungan gagal biasanya meluangkan masa untuk penampilan atau imej diri sendiri mahupun keluarga, contohnya anak-anak. Akibat kemurungan, anda tidak lagi ambil peduli mengenai luaran kerana ia tidak dipandang sebagai sesuatu yang utama.

5. Selalu bingung

Apabila berasa murung, seseorang itu biasanya hilang keseimbangan untuk membuat keputusan hidup, termasuk yang mudah dan asas. Keadaan mental mereka menghalang mereka berbuat demikian kerana rasa bingung yang berterusan. Menurut kajian saintifik, kemurungan menghalang proses kognitif yang membantu seseorang membuat keputusan.

Selain yang dinyatakan di atas, simptom seperti kenaikan atau penurunan berat badan mendadak, perubahan corak tidur, mudah marah atau cepat rasa jengkel, hilang minat dalam sesutau aktiviti dan sebagainya mungkin juga tanda-tanda kemurungan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...