Get $25 free
loading...

Wanita Alami Sengugut Setiap Hari Selama Tiga Tahun, Apa Yang Ditemui Doktor Amat Mengejutkan

Share This:

Gara-gara mengalami senggugut pada setiap hari ,seorang wanita terpaksa menderita penyakit tersebut selama tiga tahun.

Menurut sumber, Sacha Parkinson, 25, menceritakan pengalamannya melawan endometriosis yang menyebabkan rahimnya sakit teruk dan turut dialami oleh hampir dua juta wanita di United Kingdom.

Wanita itu yang juga seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah menerusi watak Sian Powers dalam Cobbles selama dua tahun, terlantar di katil dan memuat naik posting di Instagram sebagai tanda sokongan kepada Bulan Kesedaran Endometriosis.

Sacha berkongsi gambarnya di hospital dan mendedahkan menderita selama tiga tahun sebelum menjalani pembedahan bagi membuang cysts pada tahun lalu, lapor Manchester Evening News.

“Pada April lalu, saya menjalani pembedahan untuk membuang cysts endo daripada kedua-dua ovari kerana ia telah memenuhi kesemua ruang!

“Pembedahan itu telah banyak mengubah hidup saya walaupun ia tidak sebesar orang lain.

“Saya mengalami senggugut yang teruk ketika membesar dan terpaksa ambil cuti daripada sekolah.

“Saya juga mengalami masalah sakit belakang selama tiga tahun. Ia sangat sakit seperti saya alami senggugut setiap hari.

Katanya, pembedahan itu membantunya berasa seperti orang yang baharu walaupun diberitahu bahawa cysts tersebut boleh kembali menyerangnya.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...