Get $25 free
loading...

Sendiri Cipta Undang-Undang, Sendiri Langgar Kemudian Sendiri Saman

Share This:

Kadang kala, cukup menghairankan, bagaimana begitu ramai pemimpin Pakatan Harapan termasuk pemimpin senior daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), gagal menggunakan pemikiran mereka yang waras sebelum mengambil apa-apa tindakan. Bagi mereka, segala kehendak dan keinginan mereka harus dipenuhi tidak kiralah apa jua alasannya sekalipun.

Inilah yang berlaku terhadap PPBM dan Pakatan Harapan baru-baru ini. Menariknya, PPBM dan Pakatan Harapan berhadapan dengan satu lawan yang sama iaitu Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mana, PPBM kini dalam usaha mempertahankan parti mereka dari di haramkan manakala Pakatan Harapan pula berusaha untuk mendapat keizinan ROS bagi mengesahkan kewujudan Pakatan Harapan.

Dalam isu membabitkan PPBM, parti ini sebenarnya mempunyai masalah dari akar umbi parti itu sendiri. Sebelum ini, parti berkenaan berhadapan dengan pengharaman apabila gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertama mereka walaupun sudah lebih setahun di daftarkan. Malah, penubuhan sayap Armada dan Srikandi juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak terdapat dalam klausa penubuhan parti berkenaan, sayap berkenaan boleh ditubuhkan.

Walaupun sudah berjaya memenuhi kemahuan ROS untuk mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama, namun, PPBM berhadapan dengan masalah lain pula. Lebih 400 aduan di terima ROS berhubung pelabagai perlanggaran perlembagaan parti yang dilakukan oleh para pemimpin parti ini termasuk Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi parti ini.

Samada dari kesahihan jumlah ahli, kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat di peringkat akar umbi mahupun perlanggaran demi perlanggaran perlembagaan parti, kesemuanya memungkinkan PPBM berhadapan dengan pembatalan penubuhan dan ini akan menyaksikan, PPBM tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke 14.

Dalam kes Pakatan Harapan pula, kesemua pemimpin utama pembangkang ini mempersoalkan kenapa penubuhan Pakatan Harapan tidak dapat didaftarkan dengan sah. Pelbagai teori diwujudkan kononnya kerajaan masuk campur dalam urusan ROS, ROS sengaja melenggah-lenggahkan pendaftaran sehingga menyaksikan, pemimpin Pakatan Harapan membawa kes ini ke mahkamah untuk semakan.

Memang melucukan sebenarnya apabila sebelum ini, ROS telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan yang ingin didaftarkan ini mempunyai kecacatan dalam permohonan mereka. ROS sendiri telah menerangkan apa yang kurang dan apa yang perlu diperbaiki namun disebabkan kedegilan dan keangkuhan pemimpin Pakatan Harapan, pendaftaran pakatan pembangkang ini kekal tertangguh sehingga kini.

Seandainya mereka mengikut apa yang disarankan, besar kemungkinan, pendaftaran pakatan pembangkang berkenaan sudah berjaya di lakukan. Itulah sebabnya kenapa, mereka sendiri yang mencipta undang-undang, mereka sendiri yang langgar. Kemudian, mereka sendiri juga yang tidak berpuas hati dan mereka juga yang membawa kes seumpama ini ke mahkamah.

Adakah mereka merasakan, undang-undang itu adalah hak milik mereka sehingga sewenang-wenangnya mereka langgar, tidak menghormati dan paling teruk lagi, mereka tidak peduli pun kewujudan undang-undang ini?

Adakah mereka mnganggap, undang-undang ini di bawah telapak kaki mereka sehingga sewenang-wenangnya mereka pijak dan tidak pedulikan?

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...