Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini bakal berada di Pekan pada hari ini,apa yang dikatakan bukannya membawa senjata ke kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, tetapi mungkin mahu menjaja cerita palsu sahaja yang sudah muak di didengar rakyat.
Kehadiran Mahathir ke Pekan bukanlah semata-mata memberi harapan kepada rakyat, sebaliknya seperti bersifat dendam kerana sebelum ini Najib ke Langkawi untuk menjamin kesejahteraan rakyat, tetapi kali ini Mahathir pula mahu ke Pekan.
Adakah beliau cuba untuk membalas dendam, maka serang Najib di Pekan pula?
Sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sudah mengumumkan lima projek pembangunan infrastruktur di Langkawi itu menerusi peruntukan Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bernilai RM1.3 bilion.
Kehadiran Perdana Menteri itu ke langkawi sebelum ini bertujuan bagi menjamin kesejahteraan rakyat tempatan dan pelancong di Langkawi, apabila UPU (Unit Perancang Ekonomi) telah meluluskan peruntukan RM600 juta untuk pembinaan Off-River Storage (ORS) Padang Matsirat, yang mampu mengatasi masalah kekurangan air di Langkawi sehingga 2040.
Beliau merancang projek yang sudah dirancang lama untuk menyediakan kemudahan ‘full paying patient’ bagi memenuhi permintaan pelancongan kesihatan di Pulau Langkawi.
Menurut Najib, Kerajaan Persekutuan meluluskan pembesaran Hospital Langkawi melalui pembinaan bangunan tambahan dengan kos berjumlah RM500 juta.
Tambahan lagi, Najib turut memperuntukkan RM135 juta untuk pembinaan kuarters dan integrasi daerah yang baharu bagi menjaga kebajikan para petugas kesihatan seperti doktor, jururawat dan kakitangan hospital.
Di bawah RP3 juga, ujarnya, kerajaan juga telah meluluskan pembinaan balai bomba dan penyelamat serta kuarters Padang Matsirat, di sini dengan kos RM30 juta.
Kata Najib, Jalan Persekutuan Bulatan Airport – Pulapol (pusat latihan polis) akan dinaik taraf dengan kos RM50 juta.
Jika nak dibandingkan dengan Mahathir yang hanya datang dengan kehadirannya yang seolah menjaja air liur sahaja, lebih baik lupakan sahaja.
Dia dikatakan berbohong sebelum ini mengenai pemberian saham dan pada akhirnya, peneroka tidak boleh mendapatkan saham mereka, sebaliknya mencetuskan kebimbangan dan mensabotaj ekonomi negara dengan memulakan pembohongan ini.
Memetik sumber sebelum ini juga, menerusi temubual seorang peneroka juga menyatakan ianya menjadi pengajaran buat mereka untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan apa juga hasutan untuk memburuk-burukkan Felda.
Justeru, lihat dan nilaikan sendiri,penipuan yang sudah muak didengar rakyat yang hanya mahu memburukkan kerajaan semata-mata untuk memenuhi agendanya semata-mata.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini