Get $25 free
loading...

Palestin marah AS dilapor pindah kedutaan lebih awal

Seorang pegawai AS memberitahu AS dijangka membuka kedutaan ke Israel di Baitulmaqdis pada Mei.

palestenian-angry-demonstrationTEBING BARAT/GAZA: Warga Palestin marah Amerika Syarikat dilaporkan akan memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Palestin menuntut bahagian timur kota itu sebagai ibu negara mereka di masa depan, dan langkah Trump turut menimbulkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab di rantau itu.

“Langkah itu tidak boleh diterima. Sebarang langkah sebelah pihak tidak memberikan keabsahan pada mana-mana pihak dan akan menjadi penghalang kepada usaha mencipta keamanan di rantau ini,” kata Nabil Abu Rdainah, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Abbas menolak usaha damai Timur Tengah yang dipimpin AS sebagai “mustahil” sejak Presiden Donald Trump pada 6 Disember lalu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mahu memindahkan kedutaan AS ke situ.

Seorang pegawai AS memberitahu Reuters pada Jumaat bahawa AS dijangka membuka kedutaan ke Israel di Baitulmaqdis pada Mei.

Abu Rdainah berkata berkata “satu-satunya cara mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan” ialah cadangan Abbas yang disampaikan dalam ucapannya kepada Majlis Keselamatan PBB di New York 20 Februari lepas iaitu mengadakan persidangan antarabangsa untuk memulakan semula proses damai dengan Israel, termasuk “mekanisne pelbagai hala” untuk menyelia proses itu.

Abbas masih di AS selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Baltimore pada Khamis, kata Abu Rdaineh. Beliau berkata pemimpin Palestin itu akan meninggalkan AS hari ini.

Di Gaza, seorang pegawai Hamas, Sami Abu Zuhri berkata: “Memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis ialah pengisytiharaan perang terhadap orang Arab dan orang Islam, dan pentadbiran AS mesti pertimbang semula langkah itu.”

Pertempuran tercetus di Gaza dan Tebing Barat pada Jumaat, dalam tunjuk perasaan mingguan terhadap pendirian Trump tentang Baitulmaqdis. Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata 25 warga Palestin dicederakan tembakan peluru hidup Israel dalam pertempuran membaling batu di pagar sepanjang sempadan dengan Israel di Gaza.

Pegawai kesihatan Palestin berkata sekurang-kurang 20 orang Palestin, kebanyakannya di Gaza, terbunuh dalam tunjuk perasaan terhadap Trump sejak pengumuman 6 Disember itu.

Sumber kerajaan Israel berkata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ada berhubung dengan pentadbiran AS dan akan respon jika dan bila AS membuat pengumuman tentang rancangan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...