Get $25 free
loading...

Mungkinkah Mahathir Kutip Derma Bukan Untuk PPBM, Tetapi Untuk DAP?

Share This:

Isu kutipan derma yang dilancarkan oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, masih terus diperkatakan oleh ramai pemerhati politik. Rata-rata menganggap usaha yang dilancarkan Mahathir ini agak pelik jika melihat kepada latar belakang diri dan anak-anaknya yang kesemuanya bertaraf jutawan.

Pendapat ini ada benarnya kerana jika diikutkan, Mahathir tidak perlu untuk mengutip derma dan menyusahkan rakyat dengan cara demikian jika bersandarkan kepada istilah Selamatkan Malaysia yang kerap digunakan. Tambahan pula, umum cukup mengetahui bahawa Mahathir mempunyai begitu ramai kroni yang menikmati kekayaan luar biasa sewaktu dia masih menjadi Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Mahathir dan PPBM turut berhadapan dengan satu kemungkinan iaitu PPBM mungkin di batalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana telah melanggar begitu banyak peraturan sendiri. Dalam hal ini, besar kemungkinan, Mahathir dan beberapa orang pemimpinnya mungkin akan bertanding atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Andai ini berlaku, timbul persoalan, kutipan derma yang dilancarkan oleh Mahathir berkenaan sebenarnya disalurkan untuk siapa? Adakah untuk melicinkan kempennya dan PPBM ataupun wang berkenaan digunakan untuk membiayai gerak kerja kempen DAP?

Jika direnung pada situasi terkini, besar kemungkinan wang berkenaan akan disalurkan kepada DAP dan bukannya untuk PPBM. Alasannya mudah. PPBM berhadapan kemungkinan di batalkan pendaftarannya dan Mahathir pula kini dikatakan akan bertanding atas tiket DAP. Harus diingat, DAP tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan belanja untuk mereka yang bukan ahli parti dan hanya menggunakan tiket DAP untuk bertanding.

Menyedari akan hakikat ini, Mahathir terpaksa mencari wang sendiri untuk membiayai kempennya pada pilihan raya umum yang akan datang. Mana mungkin Mahathir mampu memperolehi tajaan dari DAP sedangkan dalam hal ini, DAP telah bermurah hati membenarkan Mahathir menggunakan lambang parti itu sendiri. Tidak mungkin wang juga turut akan disalurkan kepada Mahathir kerana DAP sendiri bertanggungjawab keatas PAN.

Inilah yang akan berlaku seandainya ROS memilih untuk membatalkan pendaftaran PPBM. Mahathir sudah tentu sedar bahawa dia amat memerlukan dana dan oleh yang demikian, dana yang diperolehinya hasil daripada “meminta sedekah” berkenaan akan disalurkan kekantung DAP. Dari kantung inilah akan digunakan DAP untuk melicinkan gerak kerja Mahathir dan kuncu-kuncunya pada pilihan raya umum kelak.

Bijaknya Mahahtir, wangnya sendiri langsung tidak akan terusik. Sebaliknya, dia menggunakan wang rakyat untuk digunakan olehnya dalam berpolitik. Seandainya rancangan Mahathir ini gagal, adakah DAP sudi menguhulurkan bantuan dari sudut kewangan kepada Mahathir kerana DAP sendiri sedar bahawa Mahathir tidak lebih dari sekadar parasit di dalam Pakatan Harapan yang DAP sendiri terajui?

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...