Get $25 free
loading...

Selepas Isi Petrol Percuma Program Kursus Solekan Pula

Share This:

Badan bukan kerajaan mesra Barisan Nasional (BN), Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) terus bergerak secara berbeza dan unik untuk rakyat dengan mengadakan program yang memberi kesan positif yang besar kepada penduduk setempat

Presiden PMSP Ramesh Rao sekali lagi mengadakan satu program unik untuk rakyat apabila menganjurkan program kecantikan untuk kaum wanita di kawasan Hutan Melintang, Perak, Sabtu lepas.

Program itu menampilkan pakar kecantikan dan imej Puan Naza dari Naza Sentuhan Derina untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada hanya 30 orang peserta sahaja dari segi solekan dan imej.

Menurut Ramesh, program berkenaan diadakan untuk memberikan sokongan padu kepada kaum wanita untuk lebih berdaya saing dengan keyakinan diri yang tinggi.

“Jika wanita kelihatan cantik, mereka akan lebih bersemangat untuk bersaing dalam arus kemajuan sekarang ini.

“Kita melalui Puan Naza, membantu mereka memberikan ilmu mencantikkan diri supaya wanita terutamanya di Hutan Melintang,” kata Ramesh.

Lebih menyeronokkan, program kursus berkenaan diberikan secara percuma kepada mereka yang awal mendaftar.

“Kita mahu lihat, lebih ramai wanita bergiat dalam bidang perniagaan khususnya dalam bidang solekan kerana bidang ini masih dilihat agak baru kerana ramai wanita yang mahu mempelajari cara solekan yang betul dan cantik.

“Kadang-kadang, kursus seperti ini begitu mahal jika di luar, jadi saya ambil inisiatif untuk adakannya secara percuma untuk wanita yang berminat,” kata Ramesh.

Program yang dibawakan khas itu bertujuan memberikan impak positif kepada peserta yang menghadirinya.

Selain program berkenaan, pada Jumaat lepas Ramesh sekali lagi menganjurkan program mengisi minyak petrol secara percuma di stesen minyak Caltex di Simpang Empat Hutan Melintang dan seperti biasa ia mendapat sambutan menggalakkan.

Ia adalah janji yang ditunaikan oleh beliau yang mahu menjadikan program petrol percuma itu sebagai program tetap setiap bulan.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...