Bus Amfibia menjalani pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini sebelum melalui proses pandu uji di darat dan air bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan sebelum beroperasi sepenuh bagi tujuan pelancongan negeri Terengganu.
Pengurus Besar Amphicoach (Malta), Stephen Morrison Smith berkata, beliau membina serta mengilangkan bas ini sejak tahun 2010 lagi.
Katanya, kehadiran beliau ke Terengganu adalah bertujuan memberi latihan penyelenggaraan dan pemanduan serta beberapa perkara berkaitan.
“Ini merupakan lawatan pertama saya, tapi saya pasti akan mengadakan lawatan yang lebih lama untuk tujuan ini di masa hadapan sebaik semuanya telah lulus.
“Saya akan berada di Terengganu selama 3 hari, dan saya bercadang untuk datang semula untuk lebih kurang 7 hingga 10 hari.
“Bas ini digerakkan oleh enjin jenis MAN 300 kuasakuda dengan jet marin berkembar, panjang 12 meter dan sebaik kami selesai memandu ujinya, kelajuan dalam air mencapai 6 knot dan kami merasa berbangga bas ini merupakan yang pertama di Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada Terengganu News selepas sesi memandu uji bas dua alam itu di sungai Terengganu hari ini.
Selain dari itu, Stephen memberitahu, bas itu mempunyai gayanya yang tersendiri ,bukan sahaja mempunyai keselesaan yang sama seperti bas biasa, ia juga sebuah kenderaan amfibia yang istimewa dan tidak ada ditempat lain.
“Bas ini mempunyai kualiti yang tinggi dengan pelbagai spesifikasi dan kemampuan berfungsi di darat mahupun air.
“Penyelenggaraannya mengikut piawaian dan disertakan bersama latihan serta penyelenggaraan yang biasa dan mampu dilakukan dengan latihan yang diberikan , ianya tiada masalah.
“Ianya sangat menyeronokkan, sangat hebat apabila menyelusuri Masjid Kristal dan salah satu perkara yang saya ingin lakukan sebelum sampai ke sini, saya gembira dapat melakukannya dan berjalan dengan lancar, tambahnya.
Selain itu, orang ramai berpendapat dengan adanya bas ini dapat merancakan lagi sektor pelancongan negeri dan juga menutup mulut-mulut mereka yang suka mengadu domba di dalam media sosial.
Apa yang pasti kerajaan BN Terengganu menunaikan apa yang di janjikan selamai ini dan bukan bercakap kosong seperti pihak sebelah sana.
Dengan kerjasama beberapa agensi, iaitu Bomba , pihak Polis, JPJ, APM dan APMM ,bas itu dengan jayanya melalui beberapa proses yang diperlukan dan akan dipamerkan pada ekspo Terengganu 2018 pada 25 februari hingga 3 mac ini.
-terengganunews
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini