Get $25 free
loading...

Beku peruntukan: PAS beri tempoh kepada Azmin sebelum Tahun Baru Cina

PAS akan bertindak sekiranya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu tidak memenuhi tuntutan mereka.

salleha

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam sidang media di ibu pejabat PAS Selangor hari ini.

SHAH ALAM: PAS memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebelum Tahun Baru Cina 17 Februari ini untuk melepaskan peruntukan negeri kepada wakil-wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi memberi amaran parti Islamis itu akan bertindak sekiranya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu tidak memenuhi tuntutan mereka.

“Kalau kami masih belum menerima juga, dan apabila Adun-Adun lain yang kami difahamkan ada yang boleh menggunakan peruntukan ini, maka selepas daripada Tahun Baru Cina ini kita akan ambil tindakan seterusnya termasuk buat kenyataan rasmi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS harian hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Sallehen sebagai berkata Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) memaklumkan peruntukan tahun ini kepada wakil-wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS akan dibekukan.

Azmin sebelum ini menafikan pentadbirannya menyekat peruntukan tahunan RM800,000 itu dan berkata kelewatan mungkin berpunca kerana masalah teknikal.

Sallehen hari ini berkata PAS Selangor, parti komponen yang membentuk kerajaan negeri sekarang bersama PH, mahu bertemu Azmin dan mendengar penjelasannya mengenai peruntukan itu.

“Saya sendiri telah pun mengeluarkan pesanan ringkas kepada menteri besar dan saya meyakini permohonan saya sampai kerana beliau sendiri maklumkan hasrat saya kepada Adun Dusun Tua (Razaly Hassan) mengatakan saya akan berjumpa beliau.

“Namun sehingga hari ini kita masih belum dapat berjumpa menteri besar mungkin kerana kesibukan dan sebagainya. Kita akan terus berhubung dengan setiausaha politik beliau (Mat Shuhaimi Shafiei) untuk kami berjumpa,” katanya.

PAS tidak akan merayu

Sallehen menegaskan tujuan perjumpaan itu nanti bukan untuk merayu kepada timbalan presiden PKR itu.

“Bukan amalan sebenarnya untuk Adun-Adun PAS yang masih lagi sebagai Adun kerajaan untuk merayu tetapi sekadar mengingatkan menteri besar tentang tanggungjawab dan semangat untuk mendokong demokrasi.

“Kami akan berjumpa dengan menteri besar sekadar untuk bertanya sama ada akan boleh dapat atau tidak peruntukan itu,” katanya.

Mengulas kritikan Amanah Selangor terhadap Azmin berhubung pembahagian kerusi di Selangor yang masih belum dimuktamadkan, Sallehen berkata dulu ramai orang menyatakan PAS punca perbalahan dalam Pakatan Rakyat.

“PAS tak ada dalam situ pun mereka masih lagi berbalah bahkan perkataan digunakan pemimpin Amanah kepada Azmin jauh lebih kasar.

“Kita pun tak lalu untuk menggelarkan perkataan bukan-bukan kepada Azmin,” katanya, dan menambah PAS Selangor menjangkakan perbalahan itu akan berlaku.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...