Seorang ibu memohon maaf kepada Adun Barisan Nasional dari Jelai, selepas klip videonya menunjukkan anaknya meredah sebatang video menjadi tular dipercayai bapanya yang sengaja membawa anaknya melalui jambatan yang rosak untuk ke sekolah walaupun laluan alternatif lain telah disediakan.
Menurut sumber berkata, video yang dimuatnaik oleh Siti Zaharah sudah ditonton 826,000 kali dan dikongsi 24,000 kali dalam tempoh masa 3 jam.
“Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah tapi kena harungi jambatan yang canggih ini. Dah setahun tak ada perubahan langsung. Jambatan gantung di Pamah Aur, Bukit Betong, Kuala Lipis,” kata kapsyen video itu.
Siti kemudiannya memuatnaik status baharu di Facebook mengatakan Adun Jelai Wan Rosdy Wan Ismail bertemu beliau dan suami dan menjelaskan status jambatan itu dan jambatan baharu yang akan dibina pada 8 Januari ini.
Sebenarnya jambatan yang rosak itu sudah pun dijadualkan untuk dibaiki bermula 8hb Januari ini dan dijangkakan akan siap pada 18 Mac 2018.
Siti berterima kasih kepada wakil rakyat itu dan memohon maaf kepada Wan Rosdy kerana memuatnaik video itu.
Dalam satu lagi video yang dimuatnaik di Facebook “Friends of PDRM”, Wan Rosdy berkata video itu sebenarnya “salah faham”.
“Sebab ada laluan alternatif tapi sebab banjir jadi jalan tersebut tidak boleh dilalui. Kita juga ada sediakan bot JKKK sebagai pilihan tapi takpalah ini mungkin semangat ibu nak hantar anak ke sekolah…saya tidak tahulah apa sebenarnya…tapi perkara ini dapat diselesaikan.”
Beliau berkata jambatan baharu sudah dirancang namun tertakluk kepada keadaan cuaca.
“Saya ucapkan terima kasih kerana dapat berbincang seperti keluarga dan saya menasihatkan saudara Jalil (suami) untuk utamakan keselamatan.”
Akibat daripada posting tersebut, pengguna media sosial marah menonton video lelaki dan kanak-kanak kecil melintas sisi jambatan berbahaya itu, mendesak kerajaan bertindak segera sebelum jambatan itu meragut nyawa dan ada yang mengkritik tindakan ibu bapa menggunakan jambatan berbahaya itu.
Ibu bapa tersebut sepatutnya perlu berfikir bahawa mereka sebenarnya membahayakan nyawa anak sendiri hanya demi posting tersebut.
Selain mendapatkan maklumat terkini tentang jambatan itu dari pemimpin-pemimpin setempat daripada membuat posting yang menghasut dan postingnya dikongsi oleh puluhan ribu manusia dan telah menjadikan medan untuk khawarij-khawarij menghasut dan menghina pemerintah,sekaligus menimbulkan satu fitnah.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini