Semalam tular mengatakan Titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara mengejut mahu melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) mungkin sekadar gurauan.
Menurut sumber, perkara itu didedahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi ketika ditemui pihak media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, andai titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu benar-benar serius dengan apa yang dilafazkan baginda, ia seumpama ‘wake up call’ buat semua Exco FAM untuk bekerja dengan lebih keras.
“Saya pun ada lihat rakaman video itu dan percaya ada TMJ mungkin mahu gurau dan memang saya anggapnya sebagai gurauan. Namun jika baginda benar-benar maksudkan perkara itu saya fikir ia adalah ‘wake-up call’.
“Ia untuk semua Exco agar bekerja lebih keras. TMJ adalah individu yang paling layak bawa FAM ke dimensi baharu dan saya percaya semua Exco perlu berganding bahu bersama beliau demi meningkatkan mutu bola sepak negara.
“Pada masa sama, saya percaya mungkin ada pihak tertentu yang sengaja memburukkan atau menanam kebencian terhadap TMJ sebab golongan tersebut tidak menyukai baginda sebagai presiden FAM,” kata Mohd. Yusoff.
Semalam TMJ memberi bayangan bahawa baginda akan meninggalkan FAM tidak lama lagi selepas memuat naik rakaman video menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers yang berdurasi selama 4:17 minit.
Dalam rakaman video tersebut Tunku Ismail dalam nada ceria memberi bayangan tidak akan menyandang jawatan Presiden FAM untuk jangka masa panjang bahkan mungkin melepaskan jawatan tersebut pada 2018 atau 2019.
Baginda malahan secara berjenaka mengharapkan agar jawatannya itu bakal diisi oleh adi wira terkenal Superman sebagai ayat simbolik merujuk kepada keupayaan individu berkenaan cukup hebat serba serbi dalam FAM.
Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) turut menggesa semua pihak agar tidak terlalu memberi tekanan kepada Tunku Ismail, sebaliknya memberi sokongan.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini