Get $25 free
loading...

PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN, 2 kerusi Parlimen

Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, jika berlaku pertandingan 3 penjuru antara BN, PH dan PAS di Kelantan, mereka hanya perlu 35% undi untuk menang kerana perpecahan undi.

Abdul-Aziz-Abdul-Kadir-pkr-bendera-kelantanKOTA BHARU: PKR Kelantan mahu bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, hasrat bertanding di 15 kerusi DUN itu wajar memandangkan Kelantan mempunyai 45 kerusi.

“Ia penting bagi mewujudkan keadilan kerana setiap parti komponen iaitu Amanah dan PPBM juga boleh mendapat 15 kerusi DUN kerana difahamkan setakat ini, DAP tidak berhasrat meletakkan calon.

“Keputusan untuk bertanding berapa banyak kerusi akan diputuskan di peringkat PKR Pusat…ini hanyalah cadangan daripada PKR Kelantan sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas pertandingan 3 penjuru yang mungkin berlaku antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan PAS di Kelantan, Aziz berkata, ia sebenarnya akan menguntungkan parti yang bertanding.

“Jika dahulu kita perlu menang 51% undi jika ada pertandingan 2 penjuru, namun sekarang skopnya lebih kecil kepada 35% sahaja kerana pecah undi,” katanya.

Menyasarkan pengundi baharu dan memberi tumpuan kepada masalah kos sara hidup dihadapi rakyat, beliau berkata, wujud desakan di pelbagai peringkat lapisan masyarakat untuk angin perubahan.

Pada PRU13, PKR bertanding di 5 kerusi DUN, iaitu Guchil, Paloh, Pengkalan Kubor, Kuala Balah dan Nenggiri dan 3 kerusi Parlimen iaitu Tanah Merah, Ketereh dan Machang.

Bagaimanapun, PKR hanya memenangi kerusi DUN Guchil. Kerusi Parlimen Tumpat diperoleh PKR selepas Ahli Parlimennya daripada PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar melompat parti.

Aziz berkata, PKR Kelantan juga bersetuju menyerahkan kerusi Parlimen Ketereh, Machang dan Tumpat untuk ditandingi PPBM, manakala PKR bertanding di Tanah Merah dan Pasir Mas sebagaimana diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...