Get $25 free
loading...

Bongkar Rahsia Kenapa DAP Kerap Panggang Lima Ekor Babi

Share This:

Presiden badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini membongkar rahsia hitam DAP yang sulit ketika parti cauvinis itu mengadakan program makan malam sulit iaitu mereka selalunya akan memanggang lima ekor babi dalam program itu.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, perbuatan itu adalah simbolik kepada bentuk bintang yang mempunyai lima bucu.

“Setiap bucu melambangkan ketenteraan, kebijaksanaan, petani, buruh dan generasi muda.

“Bintang berkenaan adalah logo universal komunis di seluruh duia dan ia juga bermaksud, lima benua dan tangan,” kata Ramesh.

Bukan itu sahaja, beliau bercerita warna merah yang digunakan DAP juga ialah warna rasmi parti komunis d seluruh dunia.

“South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930,” kata beliau.

Ramesh yang sebelum ini pernah menyokong DAP turut menggariskan lapan sebab mengapa orang Melayu, Cina dan India perlu tolak DAP pada PRU14 nanti.

“DAP tidak galakkan perniagaan dengan bangsa lain, DAP enggan menunjuk ajar kepakaran kepada bangsa lain, DAP melarang bangsa lain terajui parti DAP.

“DAP sakit hati jika orang Melayu dan India lebih kaya, DAP mahukan orang India dan Melayu kekal menjadi kuli, DAP enggan galak atau sokong bangsanya yang menjadi prebet, Konstabel Polis atau pekerja am.

“DAP melarang bangsanya menyewakan premis perniagaan atau rumah kepada orang Melayu dan India dan DAP melarang bangsa Cina yang menyokongnya bekerja di bawah orang Melayu dan India,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berharap rakyat akan memilih MCA dan parti Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kedua-dua parti yang mewakili majoriti kaum Cina itu lebih baik berbanding dari DAP.

“MCA dan Gerakan jauh lebih baik dari DAP,” katanya.

Ramesh berkata DAP tidak diperlukan untuk jadi kerajaan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana BN sudah berjaya menjadi kerajaan yang adil untuk semua bangsa sejak selepas merdeka lagi sehingga ke hari ini serta kali ini ia pentadbiran negara diuruskan dengan lebih baik.

BN tidak perlu diganggu daripada terus berbakti kepada rakyat kerana pihak yang hendak ambil alih tampuk pemerintahan dari BN sebenarnya hanya mahu memerintah Malaysia ikut cara mereka sendiri untuk kemahuan pihak tertentu.

“Jika mereka menang, sudah pasti ada dasar akan diubah yang tidak adil kepada semua bangsa di negara ini khususnya kepada orang Melayu dan India kerana DAP adalah majoriti Cina, dan itu tidak boleh berlaku kerana BN sudah cukup untuk jadi kerajaan yang baik,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Dulu Mereka Pijak, Sekarang Mereka Junjung Demi Ku...
Watak Enam Jahanam Yang Berangan Mahu Jatuhkan Naj...
Selamatkan Dulu PPBM, Baru Selamatkan Malaysia
Janji Siasat Skandal RM100 Bilion Mahathir Jika Me...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...