Get $25 free
loading...

Aidil Aziz Insaf,Terselamat Daripada Hukuman Gantung

Share This:

Kini pelakon Aidil Aziz, 31, lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan aktiviti amal selepas terselamat daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis pada Disember 2016.

Menurut sumber, Aidil atau Mohd Aidil Abdul Aziz berkata, sejak dibebaskan dia berniat mahu buat lebih banyak buat kebajikan dan menganggapnya sebagai saham di akhirat.

Katanya, dia memulakan perniagaan mangga asam boi, Kingmangifera dan RM1 dari setiap pembelian didermakan kepada rumah anak yatim dan golongan memerlukan.

“Perniagaan ini saya usahakan bersama rakan sebelum Ramadan tahun lalu. Alhamdulillah, sehingga sekarang sambutan diberikan sangat menggalakkan dan semakin berkembang maju.

“Sebalang dijual RM12 dan RM1 daripada setiap pembelian saya dermakan kepada badan kebajikan. Selalunya saya kumpul RM1,000 dulu kemudian baru diserahkan.

“Saya fikir ini cara terbaik untuk berkongsi rezeki dengan orang lain dan menjadi saham untuk akhirat,” katanya kepada Harian Metro.

Aidil dan dua rakannya didakwa di mahkamah atas tuduhan mengedar ganja seberat hampir 500 gram selepas ditangkap 24 September tetapi terlepas dari hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur meminda pertuduhan daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah.

Aidil didenda RM1,500 dan penjara dua bulan.

Pelakon drama Lara Terindah itu akui dunianya gelap ketika menjalani hukuman penjara.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku dan tidak lagi berada dalam tekanan.

“Duduk dalam penjara banyak aktiviti dibuat. Paling penting, solat lima waktu dijaga dengan baik dan tidak melihat sebarang bentuk maksiat. Pendek kata, saya lebih banyak dekatkan diri pada Allah.

“Kalau di luar banyak dugaan. Apa-apa saja boleh berlaku. Jadi, saya anggap kejadian berlaku ada hikmah di sebaliknya. Allah nak ‘menegur’ saya untuk lebih beringat kepada-Nya.

“Sepanjang dalam penjara, saya hanya fikir positif saja. Saya reda dan ikhlaskan setiap apa yang berlaku. Lagi pula, ketika itu saya yakin tidak bersalah,” katanya.

Kata Aidil, satu pengajaran terbaik untuknya selepas kejadian berlaku adalah berhati-hati pilih kawan.

Menurut Aidil lagi, dia perlu pandai pilih kawan kerana kita tidak tahu jika kawan itu ada musuh atau tidak.

Lagi satu, saya lebih hargai ibu bapa. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Insya Allah Dia menjaga kita juga,” katanya.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...