Tahun baru 2018 yang disambut hari ini adalah tahun yang menjanjikan masa depan yang cerah untuk rakyat Malaysia tetapi ia adalah masa depan yang gelap untuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad dan pakatannya kerana mengamalkan politik tidak sihat berasaskan fitnah dan pembohongan.
Bagi rakyat di bawah Barisan Nasional (BN) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Tahun Baru 2018 sudah memberikan petanda yang cukup meyakinkan untuk Malaysia dari segi pertumbuhan ekonomi yang baik.
Menurut beliau dalam tulisan di laman blog rasmi beliau najibrazak.com, Bank Dunia menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan ekonomi Malaysua bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali kepada 5.8 peratus. Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan banyak institusi global yang dihormati telah memuji pengurusan ekonomi berhemat oleh kerajaan selain mengakui bahawa daya tahan dan daya saing ekonomi negara adalah kuat.
Najib memberikan perancangan teliti untuk dihayati oleh rakyat Malaysia supaya rakyat tahu dan boleh meneliti khidmat kerajaan untuk rakyat.
“Pelaburan-pelaburan ini, bangunan, perniagaan dan projek infrastruktur baharu – daripada Lebuhraya Pan Borneo hinggalah kepada pengangkutan awam seperti MRT di Lembah Kelang – telah dan akan membawa perubahan yang nyata buat rakyat Malaysia.
“Lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya pasaran China melalui DFTZ; manakala, dua fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah mencipta 130,000 pekerjaan baru – 70,000 daripadanya adalah pekerjaan langsung.
“Lebih membanggakan lagi, projek ini siap lebih awal daripada jadual, dan menjimatkan RM2 bilion daripada kos yang diperuntukkan – menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai keupayaan mengendalikan projek berskala besar di masa hadapan, seperti Laluan Rel Pantai Timur yang akan membawa begitu banyak manfaat kepada penduduk di Pahang, Terengganu dan Kelantan selain meningkatkan ekonomi tempatan mereka,” kata Najib dalam blognya.
Ia berbeza dari pakatan pembangkang kerana sejak ditubuhkan dari zaman Pakatan Rakyat (PR), perancangan mereka untuk masa depan negara hanya dengan manifest atau bajet alternatif mereka yang dibuat acuh tak acuh. Tidak ada perancangan dan paling ketara meniru apa yang sudah dilakukan oleh BN.
Dua hari lepas Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri tiba-tiba membuat aksi drama lagi apabila memohon maaf atas kesilapan lampaunya secara terbuka dalam ucapan dalam perhimpunan agung partinya PPBM di Shah Alam, Sabtu lepas.
“Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.
“Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu,” katanya sebelum mengakhiri ucapannya di IDCC Shah Alam
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak antara yang terawal mempertikaikan permohonan maaf yang jelas dan terang-terang dibuat secara sambil lewa.
Dalam blog rasmi beliau, Salleh menganggap permohonan maaf itu lebih kepada perbuatan memberi alasan daripada meminta maaf.
“Ia berbunyi seperti kenyataan ‘sebelum saya pergi…’dalam kata lain ia bukan isu yang penting hanya diselit masuk kerana beliau sudah berada di atas pentas berucap. Permohonan maafnya itu terlalu umum dan ia boleh bermaksud apa saja.
“Adakah Mahathir bercakap mengenai kerugian dagangan mata wang asing atau isu Maminco, isu pemenjaraan Anwar Ibrahim. atau Krisis Perlembagaan, atau Perwaja…atau dia memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukannya sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri,” kata Salleh.
Sebenarnya, Mahathir ada rasa bimbang bahawa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, pakatan pembangkang akan terus berkubur termasuk dirinya kerana perbuatan politik jahatnya itu. Tidak mungkin sama sekali pembangkang akan menang dengan rentak persembahan mereka setakat hari ini malahan ia lebih menjurus kepada kekalahan yang teruk.
Sikap Mahathir yang bersahaja selepas itu menunjukkan bahawa permohonan maaf itu adalah drama politik sahaja. Beliau sepatutnya meminta maaf berkenaan perkara yang terperinci berkaitan apa kesilapan yang dilakukan. Begitu banyak kesilapan dan kesalahan dilakukan ketika 22 tahun Mahathir jadi Perdana Menteri.
Hari ini 1 Januari 2018, ialah permulaan pada masa depan yang gelap untuk PPBM dan Mahathir.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini