Get $25 free
loading...

Tuhan lebih sayangkan Vasanthapiriya, kata bapa

Muniandy Ratnam cuba menahan dirinya di upacara pengebumian anak perempuannya yang membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

M-VasanthapiriyaBUTTERWORTH: Kanak dan sepupu M Vasanthapiriya membongkok pada sebuah keranda putih ketika ahli keluarga dan rakan-rakan saling menenangkan hati sambil cuba memahami kematian tragis remaja itu.

Bau kemenyan memenuhi ruang tamu rumah mereka di Kampung Tong Hai, Nibong Tebal dekat sini.

Bapa Vasanthapiriya, Muniandy Ratnam, dengan wajah yang jelas ternampak penderitaanya, cuba menahan dirinya sambil menyambut mereka yang datang ke rumahnya untuk memberi penghormatan terakhir.

Remaja berusia 13 tahun itu meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya tanpa menyedarkan diri.

“Kami mengharapkan sesuatu yang terbaik. Kami harap dia akan sedarkan diri. Tapi Tuhan lebih menyayanginya,” kata Muniandy, 54.

“Saya mahu berterima kasih kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang mendoakan anak perempuan saya. Ada yang berdoa semasa Thaipusam.

“Kawan-kawan saya yang menganut agama lain juga berdoa untuk Vasanthapiriya,” katanya.

Ditanya sama ada keluarganya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap guru yang menuduh anak perempuannya mencuri telefon bimbit, Muniandy berkata buat masa ini tumpuan mereka ialah bersembahyang dan menjalankan upacara pengebumian esok pada 1.00 petang.

Ahli keluarga mennuntut jasad Vasanthapiriya di rumah mayat Hospital Seberang Jaya pada 12.35 tengah hari, selepas bedah siasat selesai dijalankan.

Punca kematian disenaraikan sebagai gantung diri.

Sementara itu, Presiden Tamilar Kular Malaysia David Marshel berkata peguam keluarga akan menghubungi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad untuk menetapkan satu pertemuan.

Beliau berkata peguam juga mahu bertemu jabatan pendidikan negeri.

Timbalan Pengarah Mohd Jamil Mohamed berkata guru terlibat dipindahkan dan akan melakukan kerja-kerja pejabat di Pejabat Pendidikan Daerah (PDD) Seberang Perai Selatan sementara siasatan sedang berjalan.

Vasanthapiriya ialah pelajar di SMK Methodist di Nibong Tebal. Menurut laporan polis oleh salah seorang anggota keluarga, dia dipanggil oleh 3 guru pada Rabu minggu lepas kerana mengesyaki mencuri telefon bimbit iPhone 6 milik salah seorang guru.

Remaja itu menafikan tuduhan guru wanita itu yang dia mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya.

Menurut laporan polis itu, seorang lagi guru memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain, sebelum didakwa dikurung dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah dan mengancam membawa Vasanthapiriya ke polis kalau tidak mengaku mencuri, menurut laporan itu.

Mereka kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya yang terletak berdekatan untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan itu.

Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri. Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila anaknya tidak menyahut.

Dia didapati tidak sedarkan diri tetapi masih hidup, tergantung pada seledang yang diikat pada paip pendingin hawa, dan kakinya tersentuh pada lantai. Ibu bapanya turut menemui nota yang ditulis atas kertas buku latihan sekolahnya, di mana beliau nafi mencuri telefon bimbit itu.

Vasanthapiriya, remaja dituduh curi iPhone, meninggal dunia


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...