Get $25 free
loading...

Siap Panggil ‘Baby Pus’, Emma Maembong Dan Alvin Chong Bercinta ?

Share This:

Mula berkawan selepas bergandingan dalam drama Awak Suka Saya Tak tahun lepas, pelakon Emma Maembong dan Alvin Chong dikatakan semakin rapat dan mesra bersama lebih-lebih lagi selepas percintaan aktres itu bersama Kamal Adli dihimpit dengan pelbagai konflik.

Bersempena dengan hari jadi Alvin pada 23 Januari lalu, Emma telah memuat naik sebuah video bersama ucapan istimewa buat Alvin menerusi akaun Instagramnya.  Siap ada panggilan manja lagi buat Alvin.

Rata-rata peminat yang menonton video tersebut mengakui Emma dan Alvin sangat serasi dan kalau boleh mahu mereka benar-benar bercinta kerana merasakan Emma bahagia disamping jejaka  berbangsa Cina itu.

Sebelum ini Emma ada menyatakan beliau dan Alvin cuma berkawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Namun, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku di masa hadapan dan menolak ketentuan takdir.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...