Get $25 free
loading...

PH Selangor: Kekal 31 kerusi asal, bincang 4 kerusi baru

Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh berkata rundingan yang berjaya diselesaikan adalah kerusi asal yang ditandingi PKR, DAP dan Amanah pada PRU13.

Gobind-SinghSHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor berjaya menyelesaikan rundingan 35 daripada 56 kerusi DUN dalam mesyuarat pembahagian kerusi hari ini.

Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh berkata, rundingan yang berjaya diselesaikan adalah kerusi asal yang ditandingi PKR, DAP dan Amanah pada pilihan raya umum ke-13.

“Setakat ini memang bukan semua diselesaikan kerana ini adalah mesyuarat pertama. Kami berjaya 62% dari jumlah keseluruhan kerusi.

“Apa yang kami akan buat selepas ini adalah perjumpaan secara 2 pihak atau 3 pihak di antara parti secara berasingan,” katanya ketika ditemui selepas tamat mesyuarat di Shah Alam hari ini.

Pada PRU13, PKR memenangi 14 kerusi, DAP (15) dan Amanah (2). Bilangan kerusi PKR dan DAP berkurang 1 kerusi apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dan Loh Chee Heng keluar parti.

Kerusi yang dimenangi akan ditandingi oleh parti-parti yang menang. Berdasarkan mesyuarat hari ini, jika dijumlahkan keseluruhan kerusi dimenangi PKR, DAP dan calon Amanah, yang sebelum ini bertanding atas tiket PAS, hanya 4 kerusi baharu berjaya dibincangkan.

Selain Gobind, DAP menghantar Prof Abdul Aziz Bari, Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Adun Kuala Kubu Baru Lee Kee Hiong ke mesyuarat hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Saari Sungib berkata partinya menuntut 18 lagi kerusi DUN, menjadikan bilangan kerusi DUN dipohon 20 kerusi.

Saari berkata Amanah sedia berunding dan melepaskan 4 atau 5 kerusi DUN kepada PPBM sahaja tetapi tidak kepada parti lain.

“Secara prinsipnya, kita bertanding untuk menggantikan PAS. Kita akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS,” katanya.

Pada PRU13, sewaktu PAS bersama Pakatan Rakyat, parti Islamis itu menang 15 daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi.

Menurut Saari, 4 parti komponen PH iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah berebut kerusi-kerusi PAS dan BN terutamanya kerusi DUN Lembah Jaya, yang ketika ini dipegang Adun Khasim Abdul Aziz dari PAS.

Pada PRU13, Khasim menewaskan calon BN dengan majoriti selesa 8,713 undi.

Sementara itu, Setiausaha PH Selangor Zuraida Kamaruddin berkata, beliau gembira dengan mesyuarat hari ini dan akan sedaya upaya menyelesaikan pembahagian kerusi minggu ini.

Mesyuarat pembahagian kerusi ini akan diteruskan esok, 3.00 petang.

Sebelum ini, Naib Pengerusi PKR Selangor Xavier Jayakumar memberitahu PKR berhasrat untuk bertanding di semua 12 kawasan yang ditandingi partinya pada PRU13.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa Azmin.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14.

Reaksi Amanah dan DAP itu menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.

Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.

Pemimpin PKR bergilir serang Amanah Selangor kecoh agihan kerusi

Isu agih kerusi PH selesai, kata Dr M


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...