Get $25 free
loading...

PH Selangor Hanya Menunggu Masa Untuk Rebah

Share This:

Sudah memasuki dua penggal negeri Selangor ditadbir oleh pakatan pembangkang. Selama dua penggal inilah, dua Menteri Besar telah bertukar ganti yang mana pada penggal sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar sebelum Datuk Seri Azmin Ali dipilih setelah Langkah Kajang yang dirangka oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui kegagalan.

Sepanjang pentadbiran Azmin, bukan sedikit kemelut politik yang timbul akibat kemahuan Azmin yang mahu lari dari kebiasaan pakatan pembangkang dan imej Anwarinas di dalam PKR. Dia lebih mahukan cara dan corak pentadbiran mengikut acuannya sendiri sehingga tergamak mengekalkan barisan Exco PAS walaupun PAS secara terang-trangan memutuskan apa jua bentuk hubungan dengan Pakatan Harapan.

Sewaktu kemuculan Parti Amanah Negara yang ditaja sepenuhnya oleh DAP, Azmin langsung tidak mengulas apa-apa. Malah, Azmin dilihat seperti cuba menjauhkan diri dari parti yang diketuai oleh Mohamad Sabu ini mungkin kerana ingin menjaga hubungan kerajaan neegeri dengan PAS.

Namun begitu, keadaan semasa menampakkan Azmin sudah berkerat rotan berpatah arang dengan PAN. Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Azmin melabelkan PAN sebagai tidak amanah dalam pembahagian kerusi Parlimen yang sehingga hari ini menjadi perbalahan dalam sesama parti di dalam Pakatan Harapan.

Apa sudah jadi dengan perpaduan yang kononnya wujud di dalam Pakatan Harapan di Selangor? Sejak namanya ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan oleh Ketua-Ketua Perhubungan PPBM, PAN dan DAP bulan lalu, Azmin dilihat seperti sudah tidak memperdulikan hubungan baik antara PKR dengan rakan partinya yang lain.

Azmin dilihat lebih mengutamakan kehendak dirinya sendiri dari memikirkan hubungan eratnya dengan PPBM, DAP dan PAN. Sehinggakan, Azmin sanggup mengenepikan prinsip asas kerajaan Selangor yang kononnya memperjuangkan perpaduan dan kesepakatan.

Lebih memburukkan keadaan, DAP dilaporkan semakin kurang senang dengan sikap Azmin yang terlalu mengharapkan kerjasama antara kerajaan pimpinannya dengan PAS dengan siri kenyataan cuba untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan PAS walaupun hampir kesemua pemimpin utama Pakatan Harapan telah menolak usaha ini.

DAP, PPBM dan PAN dilaporkan sedang berkira-kira untuk melantik individu lain untuk mengetuai Selangor seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan di negeri berkenaan. Nama Azmin kini bukan lagi pilihan utama Pakatan Harapan di Selangor dan menurut beberapa sumber dalaman Pakatan Harapan, Azmin selaku Ketua Umum Pakatan Harapan juga telah memberi restu untuk perubahan ini.

Inilah situasi getir yang melanda Selangor hari ini. Disamping kerenah pelik Azmin, keadaan semasa antara DAP, PKR, PAN dan PPBM di Selangor juga masih bergolak dengan masalah pembahagian kerusi masih lagi menjadi topik utama perbalahan. Tidak mungkin nampaknya wujud kesepakatan seandainya perkara ini berterusan walaupun pada akhirnya mereka mampu membentuk kerajaan di Selangor.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...