Get $25 free
loading...

Konflik PKR Dan PAN Sudah Tidak Boleh Disorok Lagi

Share This:

Selepas satu demi satu isu melanda merosakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan (PH). Isu memilih calon Perdana Menteri, isu pengagihan kerusi dan sekarang ini konflik antara parti dalam pakatan pula. Inilah yang jadi kalau dalam satu pakatan ada banyak nakhoda dan semua ada agenda politik masing-masing.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataan berkata kini ada perbuatan saling menyerang peribadi pemimpin parti dalam pakatan antara PKR dan PAN antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi PAN Selangor, Izham Ramli.

Menurutnya dalam Perjanjian PH, ada dinyatakan bahawa ada satu Badan Perantara perlu wujud dilantik oleh Majlis Presiden untuk menyelesaikan pertelingkahan seperti ini.

“Mengikut Fasal 3.3 dan Fasal 3.4 Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pada 9 Januari 2016, hendaklah wujud dalam Pakatan Harapan itu “sebuah Badan Perantara (yang) dilantik oleh Majlis Presiden” di mana badan yang dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti ini berfungsi “untuk mendamaikan pihak yang mempunyai pertikaian di dalam Pakatan Harapan dengan mencari penyelesaian yang paling adil kepada pihak dan parti terbabit setelah aduan mengikut Fasal 3.2 dirujuk kepadanya.

“Mengikut Fasal 3.2 Perjanjian Pakatan Harapan ini pula, “setiap anggota dari setiap parti berhak membuat aduan terhadap anggota dari parti lain di dalam Pakatan Harapan sekiranya perbuatan anggota parti lain itu melanggar peruntukan-peruntukan Fasal 2.2 dan Fasa 2.3 sehingga mengakibatkan kerugian, memalukan atau mencemar nama baik anggota atau parti yang membuat aduan itu,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, konflik bermula apabila Azmin menggearkan PAN sebagai parti pembohon dan tidak amanah yang diikuti oleh tindakan Izham yang menggelarkan Azmin sebagai badut yang tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PH negeri itu.

Bukan itu sahaja, Pegawai Khas Azmin, Muhammad Hilman Idham pula menggelarkan PAN sebagai parti dua peratus dan Timbalan Ketua AMK Pusat yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin menggelarkan PAN sebagai parti 1.4 – 1.5 peratus.

“Perbuatan gelar-menggelar yang sudah bertukar menjadi hina-menghina antara pemimpin PKR dan AMANAH ini memberikan imej yang sangat tidak baik terhadap kesatuan politik dalam Pakatan Harapan di mana Pakatan Harapan seolah-olah langsung tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya.

“Benar, Perjanjian Pakatan Harapan memberi hak kepada setiap anggota dari setiap parti untuk membuat aduan terhadap anggota dari parti lain melalui Badan Perantara, tetapi malangnya sehingga kini Badan Perantara ini tidak diketahui telah diwujudkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan menyebabkan aduan begini tidak dapat dibuat di samping tiadanya tindakan proaktif dari pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sendiri untuk menyelesaikan pertikaian.

“Bila gelar-menggelar sudah bertukar nada menjadi hina-menghina, alamatnya hubungan kedua-dua parti politik ini bagai retak menanti belahlah,” katanya.

Beliau berkata hanya parti politik yang tidak bermaruah sahaja yang ahli-ahlinya sanggup membiarkan parti mereka dihina sesuka hati.

Bukan sahaja PAN dan PKR ada masalah dalam PH, PPBM dan dengan parti-parti lain pun ada masalah khususnya denganD DAP tapi sampai bila pertikaian ini semua mampu disorok dari pengetahuan umum.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...