Get $25 free
loading...

KKIA hampir cecah kapasiti penumpang maksimum

KKIA mengendalikan 7.9 juta orang tahun lalu, dijangka capai kapasiti maksimum dalam masa terdekat berdasarkan peningkatan pelawat khususnya dari China.

lapangan-terbang-kota-kinabaluKOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kini hampiri kapasiti maksimum pengendalian penumpang dan memerlukan langkah segera menanganinya, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata KKIA yang berkapasiti 9 juta penumpang setahun, mengendalikan 7.9 juta orang tahun lalu dan dijangka mencapai kapasiti maksimum dalam masa terdekat berdasarkan peningkatan pelawat khususnya dari China.

“Kerajaan negeri sudah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak berwajib di peringkat persekutuan dengan pilihan sama ada membesarkan KKIA atau membina lapangan terbang baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan perdana agensi bawah kementeriannya hari ini.

Turut hadir, 2 orang Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar iaitu Datuk Kamarlin Ombi dan Datuk Pang Yuk Ming, Setiausaha Tetap kementerian itu Datuk Jamal Sulai, Pengerusi Lembaga Pemengang Amanah Taman-Taman Sabah Tan Sri Dr Tengku Adlin dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Mengulas lanjut, Masidi berkata isu yang dihadapi KKIA itu perlu ditangani segera bagi memastikan pertumbuhan sektor pelancongan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan.

Beliau juga berkata pihaknya menerima beberapa cadangan menghadapi kemungkinan masalah kesesakan di KKIA antaranya melencongkan pelawat ke pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau selain cadangan membesarkan lapangan terbang itu dengan melakukan penambakan laut untuk pembinaan landasan baharu.

Katanya semua cadangan itu akan diteliti dan ditimbang sebaik mungkin.

“Apabila membina sesuatu baharu, ia akan ambil masa. Kos mungkin sesuatu yang relatif, tetapi paling kita khuatir ialah masa menyediakan lapangan terbang baharu itu bukan singkat,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...