Get $25 free
loading...

Inilah Yang Berlaku Pada Tahun 2009

Share This:

Pertama: Eksport akan merosot sejajar dengan permintaan dunia yang merosot (contohnya, pada bulan Januari 2009, eksport menurun 27.8%);

Kedua: Eksport komoditi, khususnya, minyak mentah dan gas serta minyak kelapa sawit, telah mengalami penurunan harga yang mendadak;

Ketiga: Penurunan dalam pelaburan langsung asing (FDI), selaras dengan kemelesetan global, dijangka hanya separuh daripada itu pada tahun 2008, menurun kepada RM26 bilion berbanding RM51 bilion; dan

Keempat: Keruntuhan global dalam pasaran ekuiti telah menyebabkan penurunan yang signifikan di Bursa Malaysia, yang mana juga telah memberikan impak negatif terhadap sentimen pelabur dan pengguna serta sektor perkhidmatan, yang selalunya merupakan sektor dengan pertumbuhan yang tinggi.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak ingat ini semua kerana pakej rangsangan besar Najib pada tahun 2009 (yang menyebabkan hutang kerajaan meningkat) menghentikan kemelesetan ini dan membuatkan kita pulih dengan segera.

Kadang-kadang, saya terfikir Najib sepatutnya membiarkan sahaja Malaysia menderita pada tahun 2009 dan kemudian “selamatkan Malaysia” dan bukannya bertindak menghalang penderitaan itu sebelum ia boleh dirasai.

Penderitaan itu akan membolehkan orang ramai mengingati dan memuji Najib kerana “menyelamatkan Malaysia” dan bukannya menyalahkan Najib kerana tidak membenarkan kita merasai penderitaan itu.

Sama seperti bagaimana Mahathir menyebabkan Malaysia menderita pada tahun 1998 dan kemudian dipuji kerana “menyelamatkan Malaysia” dari penderitaan yang sebenarnya disebabkan oleh Mahathir sendiri dan juga Anwar.

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 5 Februari 2018

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...