Get $25 free
loading...

Ini Bukan Pakatan Harapan Ini Semuanya Pakatan Pak Katak

Share This:

Dengan banyak nama-nama pemimpin Pakatan Harapan (PH) sudah disebut-sebut akan bertanding di tempat lain berbanding tempat mereka wakili selepas PRU13 dulu, nampaknya dalam pakatan akan ada banyak Pakatak atau Pak Katak berbanding pemimpin yang boleh memimpin Pakatan.

Presiden PH, Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah ada niat mahu bertanding di tempat lain iaitu di Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur. Kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diserahkan kepada anaknya Nurul Nuha Anwar untuk menjaga kerusi itu untuk suaminya, Anwar Ibrahim yang masih dipenjarakan.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pula dilihat akan meninggalkan kerusi Parlimen Gombak dan akan bertanding di Shah Alam yang kini disandang oleh Ahli Parlimen PAN, Khalid Samad yang dulunya dari PAS.

Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor kali kedua di Pejabat Jabatan Pilihan Raya Keadilan Selangor di Shah Alam pada 3 Januari lepas. Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin pula akan bertanding di Parlimen Hulu Langat.

Pemimpin dalam DAP, seperti Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng pun ada disebut-sebut mahu bertukar tempat. Bapanya, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dikhabarkan akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam meninggalkan Parlimen Gelang Patah.

Kalau dalam penceritaan lain, katak-katak dalam pakatan kini sedang berkira-kira hendak lompat ke kerusi mana untuk jaja cerita bohong baru burukkan Perdana Menteri dan kerajaan BN supaya dapat menarik simpati rakyat. Sampai masa nanti, Pak Katak dan Mak Katak ini akan lompat lalu buat drama politik di sana pula.

Mereka tidak sesuai digelarkan Pakatan Harapan sebaliknya Pak Katak Harapan yang mungkin amat sesuai dengan gaya politik mereka.

Selepas berjaya jadi wakil rakyat, mereka tinggalkan kawasan dan banyak berada di Kuala Lumpur kutuk BN. Di Parlimen Gelang Patah tempat Kit Siang wakili sekarang beliau pernah dikatakan hilang kerana amat susah untuk dilihat di kawasan Parlimen berkenaan.

Di sana, ada kain rentang yang tertulis “Di manakah hilang Lim Kit Siang, kali terakhir dilihat ketika PRU lalu,”.

Bagi mereka kalau bertanding lagi sekali di tempat yang mereka tidak buat kerja, mustahil mereka boleh menang besar dan mungkin akan kalah kepada BN.

Pengundi dan rakyat yang jadi mangsa kerana terpengaruh dengan janji ceramah mereka ketika berkempen, untuk mengubah keadaan jika dipilih tetapi selepas satu penggal lari lompat ke tempat lain tinggalkan urusan serta janji yang tidak tertunai.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...