Get $25 free
loading...

Bila Kecewa, Mulalah Keluar Dakwaan Yang Mengarut

Share This:

Bukan baru sekali keadaan yang menyaksikan bagaimana satu pihak yang kecewa mula menunding jari kepada kerajaan kononnya keadaan ekonomi teruk sehingga mengakibatkan mereka mengalami kegagalan dan kerugian. Sebelum ini, pengarah dan pelakon, Ahmad Idham kerap kali menunding jari kepada keadaan ekonomi semasa yang lemah yang menjadi penyumbang kepada kegagalan filem arahannya di pawagam.

Apa yang menariknya, mengikut statistik kutipan tiket di pawagam sepanjang tahun lalu, sekurang-kurangnya 5 filem tempatan berjaya mengutip sekurang-kurangnya angka lebih RM 1 juta. Malah, kutipan filem luar negara juga mencatatkan kutipan yang cukup memberansangkan. Justeru, di mana asasnya dakwaan Ahmad Idham kononnya, keadaan ekonomi semasa negara yang merudum menyumbang kepada kegagalan filemnya?

Terbaru, bos besar rangkaian pasar raya besar Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang mendakwa, rakyat Malaysia sudah tiada duit untuk membeli barangan ditempelak ramai pihak. Mudah untuk difahami kekecewaannya ini kerana sebelum ini, kerajaan telah menutup sementara operasi Kedai Rakyat 1 Malaysia yang menerima bekalan stok barangan daripada pasar raya Mydin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan, penutupan sementara ini dibuat untuk menyusun semula Kedai Rakyat 1 Malaysia yang kerrap kali kehabisan stok barangan disamping kegagalan pihak pembekal, membekalkan barangan yag diperlukan oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia ini.

Sebaik sahaja kerajaan membuka semula Kedai Rakyat 1 Malaysia ini menerusi sistem operasi yang baru dengan pembekal barangan yang baru, secara tiba-tiba muncullah dakwaan sedemikian oleh orang yang paling berkuasa di Mydin. Apa tujuan beliau mengeluarkan dakwaan sedemikian? Adakah beliau gagal menyembunyikan kekecewaannya setelah kerajaan bertindak menghentikan kerjasama ini?

Bukan satu perkara yang mengejutkan sekiranya kita dapat melihat hari ini, mereka yang gagal membendung rasa kecewa, mula mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Mungkin bos besar Mydin ini tidak membaca laporan terkini indeks KDNK negara ataupun jumlah yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia semasa mereka menyerbu laman web Lazada semasa jualan murah mereka, Disember lalu.

Mungkin juga bos besar Mydin gagal untuk memahami trend terkini rakyat Malaysia yang lebih gemar membeli belah menerusi atas talian daripada terpaksa membazir masa memandu, mencari ruang letak kenderaan ataupun terpaksa mencari barangan yang dikehendaki yang adakalanya kehabisan stok dan sebagainya.

Mungkin juga bos besar Mydin ini gagal memahami, pergerakan semasa corak membeli belah rakyat malaysia yang semakin hari semakin malas untuk keluar rumah walaupun mahu membeli sekampit beras. Dunia semakin bergerak kehadapan namun untuk membawa seseorang itu bergerak bersamanya, mungkin satu perkara yang agak sukar.

Perlu diingat, Mydin bukanlah satu-satunya gedong membeli belah terbesar di Malaysia. Di Malaysia hari ini, Mydin terpaksa bersaing dengan Tesco, Giant, rangkaian Hero Hypermart, 99 Speedmart, KK Mart dan banyak lagi yang turut menyediakan barangan runcit. Untuk mengatakan rakyat Malaysia sudah tiada duit untuk berbelanja, ianya adalah satu dakwaan yang cukup dangkal dan penuh mengandungi rasa kecewa.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...