Get $25 free
loading...

Artis Pro-LGBT Dilarang Kemasukan Ke Malaysia

Share This:

Seorang penyanyi Hong Kong pro-LGBT, Denise Ho dilaporkan tidak berpuas hati apabila pihak berkuasa Malaysia dilaporkan menyekat permit untuk beliau mengadakan konsert kerana penglibatan aktifnya menyokong komuniti LGBT.

Menurut Malaysiakini, konsert “Dear Self, Dear World” Denise yang dijangka diadakan pada 4 April ini terpaksa dibatalkan.

“Kami menerima panggilan telefon rasmi beberapa hari lepas yang memberitahu bahawa permit persembahan saya tidak diluluskan.

Menurut rakan saya yang menjawab panggilan itu, ia kerana peranan saya dalam komuniti LGBT. Mereka (pihak berkuasa) berkata, ia adalah ‘kerana dia (Denise) penyokong aktif komuniti LGBT.”

Selain menjadi penyokong LGBT, Denis, 40, atau lebih dikenali sebagai HOCC itu juga sebenarnya ligat menjadi aktivis pro-demokrasi termasuk Gerakan Payung Hong Kong.

Beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah penyokong aktivis pro-demokrasi Hong Kong diharamkan dari memasuki Malaysia termasuk Joshua Wong.

Menurut sumber, Wong dikenali hingga ke peringkat antarabangsa kerana peranannya dalam Gerakan Payung pada 2014.

Pengaruh Wong dalam gerakan anti-kerajaan China diiktiraf dalam majalah Time sebagai Remaja Paling Berpengaruh pada 2014.

Malah beliau dan dua lagi rakan aktivisnya dicalonkan untuk anugerah Nobel. Hubungan seks luar tabie adalah satu kesalahan di Malaysia di bawah Seksyen 377A dan 377B Kanun Jenayah walaupun terdapat segelintir pihak sedang berusaha supaya ianya dimansuhkan.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...