Get $25 free
loading...

Isu Kapal Mewah Equanimity : Siapa Dalang Di Sebalik Isu Ini?

Share This:

Rata-rata dikalangan pembangkang seolah-olah mendapat satu sinar baru bagi mengheret semula isu 1MDB kedalam kancah politik fitnah ciptaan mereka. Semuanya gara-gara penahanan sebuah kapal mewah yang kononnya milik Jho Low di bali yang dikata dilakukan atas arahan daripada Jabatan Keadilan Amerika (DoJ).

Penahanan ini pantas mendapat perhatian di kalangan pembangkang di negara ini kerana mereka cuba menjadikan penahanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia ini sebagai modal untuk mereka menjatuhkan kerajaan. Tidak kurang juga ada yang menyebarkan pelbagai gambar fitnah kononnya di dalam kapal berkenaan terdapat berbilion Ringgit Malaysia di simpan di dalam dek kapal berkenaan.

Namun, kebenaran tidak dapat disembunyikan selama-lamanya. Kelmarin, pihak berkuasa Indonesia mendedahkan, kapal berkenaan bukanlah milik Jho Low seperti yang didakwa oleh DoJ dan pihak pembangkang di negara ini. Sebaliknya ia adalah kepunyaan ahli perniagaan lain yang secara kebetulan turut mendaftarkan kapal layar mewah berkenaan di Kepulauan Cayman.

Melihat akan rentetan ini, timbul persoalan, siapa pula dalang dari dalam negara ini yang cuba mengheret semula isu 1MDB kedalam kacah politik di saat negara sedang bersiap sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 14? Apakah tujuan mereka dan paling utama, adakah mereka masih lagi menggunakan helah yang sama dengan menggunakan dama DoJ Amerika Syarikat dalam usaha mereka kali ini?

Sekali imbas, sebenarnya, tidak sukar untuk kita meneka siapakah dalang yang cuba menimbulkan semula isu 1MDB menerusi kapal layar mewah ini. Sebelum ini, individu yang sama pernah cuba untuk mengheret DoJ untuk menyiasat kes 1MDB namun cubaan mereka gagal kerana sehingga kini, DoJ masih belum pernah memfailkan kes melibatkan 1MDB ini kemana-mana mahkamah di Amerika Syarikat.

Malah, Presiden Amerika Syarikat sendiri, Donald J Trump pernah mengeluarkan kenyataan bahawa DoJ adalah badan yang boleh dibeli dengan wang Ringgit. Semakin tebal poket pihak-pihak tertentu, semakin laju DoJ melakukan kerja walaupun aduan yang dikemukakan itu adalah aduan palsu semata-mata.

Dalam kes ini, seandainya benar pihak berkuasa Indonesia melakukan siasatan dan penahanan kapal berkenaan atas arahan DoJ, nampaknya, modus operandi yang sama turut digunakan oleh mereka-mereka yang begitu bercita-cita mahu menumbangkan kerajaan seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

Apa yang pasti, usaha yang cuba digerakkan oleh mereka yang sebelum ini pernah cuba membayar DoJ dengan jumlah tertentu dalam kes sebelum ini, nampaknya bakal menemui kegagalan. Kapal layar berkenaan juga sudah dibenarkan belayar semula dan tidak ada satu buktipun yang boleh mengaitkan penahanan kapal layar berkenaan dengan 1MDB, Jho Low mahupun Datuk Seri Mohd Najib itu sendiri.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...