Get $25 free
loading...

Sudah Sampai Masanya Rakyat Pulau Pinang Dan Selangor Sedar Dan Berubah

Share This:

Memperkatakan untuk menukar kerajaan  yang sedia ada  amat mudah, semudah untuk menukar baju dan menjanjikan keindahan impian yang  belum tentu indahnya untuk rakyat yang belum melihat  agenda yang tersembunyinya.

Seharusnya pengalaman lalu menjadi pengajaran untuk semua pihak dimana  janji janji manis untuk mengubah  sebuah kerajaan didua buah negeri berakhir dengan mimpi ngeri  buat rakyat yang telah tertipu dalam segenap janji indah.

Pilihanraya Umum ke 12 dan ke 13 mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk semua rakyat Selangor dan Pulau Pinang dimana telah dijanjikan dengan syurga keindahan  oleh kerajaan  zalim DAP dan PKR di Selangor. Sebanyak mana pun janji yang ditaburkan akhirnya dinafikan semudah  kata kata.

Mungkin  rakyat masih ingat lagi  bagaimana DAP dan PKR melakukan propaganda yang mengatakan kononnya kezaliman kerajaan yang memerintah dalam menyalahgunakan kuasa, mencuri wang rakyat dan mengenakan cukai yang tidak sepatutnya.

Ketika itu, rakyat seakan sudah dirasuk dengan dakyah yang penuh dengan penipuan kedua parti ini  iaitu PKR dan DAP yang mana berterusan memainkan persepsi yang jahat sehingga ranyat terkeliru dimanakah kebenaran  ceritanya.

Mungkin sebelum ini ada yang berkata, akan mengubah semula kerajaan  apabila tindakan kerajaan baru tidak menunaikan janji mereka kepada rakyat. Tetapi pada  satu  ketikanya mereka lupa bahawa politik dan kuasa yang ada  kerajaan baru boleh melakukan apa sahaja perubahan.

Akhirnya penipuan melalui persepsi yang dilakukan oleh DAP dan PKR berjaya menipu rakyat Pulau Pinang dan Selangor dan pada  PRU12 jatuhnya dua buah negeri yang dikuasai Barisan Nasional, maka bersoraklah kegembiraan penyokong berbangsa Melayu kerana dapat memberikan kemenangan kepada DAP dan PKR.

Pada awal pertama  penyokong telah diraikan dengan sumbangan kepada warga emas sebanyak RM100.00 yang diberikan hanya sekali pada  semua kaum di Pulau Pinang dan berbakul lah pujian diberikan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Tetapi bangsa Melayu ini lupa bahawa setiap pemberian yang diberikan  oleh kaum cauvanis ini sudah pastinya akan dibayar semula oleh rakyat  Pulau Pinang. Bermulanya disini, DAP terus menunjukkan kebaikan mereka dan terus menyumbang kepada pusat tahfiz, badan agama Islam sebagai  cara menunjukkan bahawa mereka bersikap adil dan sama rata.

Setelah melihat Melayu gembira menerima sumbangan, maka bermulalah  peranan DAP untuk mengecilkan dominasi kumpulan Melayu melalui agenda yang diamalkan oleh PAP di Singapura iaitu memastikan kampung-kampung tradisi Melayu tidak wujud sebagai ancaman.

Sebanyak 27 buah kampung tradisi  Melayu di Pulau Pinang telah dirobohkan atas nama pembangunan dan pampasan yang tidak setimpal diberikan kepada setiap keluarga. Bermula lah penghinaan dilakukan terhadap bangsa Melayu dilakukan oleh DAP secara terancang.

Ketika ini kita telah dapat melihat bagaimana orang Melayu merintih, menangis merayu kepada pemimpin DAP  agar diberikan belas kasihan terhadap mereka. Akhirnya kampung-kampung Melayu bertukar wajah menjadi rumah rumah kos sederhana yang hanya diberikan koata sebagayak 5% sahaja kepada orang Melayu.

Bukan itu sahaja, warung-warung sumber pencarian rezeki orang Melayu yang mempunyai potensi  pemasaran seperti di tepi pantai turut menerima nasib yang sama. Untuk menentang dan membantah , hanya jentolak juga  jawapannya.

Sebelum ini para penyokong Melayu DAP telah diingatkan bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman dan  mengamalkan dasar kejam sebagaimana  PAP. Namun kedegilan penyokong Melayu ini tidak percaya bahawa DAP akan lakukan sedemikian terhadap bangsa Melayu.

Kini, Apabila kerajaan sedia ada tumbang, ramai diantara penyokong berfikir akan  dapat mengawal DAP. Yang penting bagi fikiran anda, kerajaan perlu ditukar dahulu. Sekarang natijahnya ialah anda sedang merasai “nikmat” bagaimana  DAP memerintah.

Pada kebanyakannya telah lupa bahawa DAP benar-benar menentang Islam dan mahu menghapuskan hak-hak orang Melayu. Tetapi disebabkan naluri kebencian  yang ditanam oleh DAP terhadap kerajaan , para penyokong Melayu terus menafikannya.

Pada satu sudut yang lain juga anda lupa bahawa DAP telah menetapkan agenda Malaysian Malaysia yang mana akan melakukan kesamarataan dalam sistem pentadbiran mereka dan sekali gus akan menghapuskan hak-hak orang Melayu sedikit demi sedikit dan mempertikaikan Islam  dan hukumnya.

Kini PRU14 akan tiba, adakah peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang itu  menjadi pengajaran buat semua Melayu yang menyokong DAP  dahulu, dan adakah ianya masih berada ditakuk lama sokongannya.

Sebagai langkah kesedaran  melalui kejadian yang berlaku, orang Melayu harus mengambil tindakan yang drastik, walaupun sedikit atau tidak banyak memadailah berusaha kearah itu daripada terus membiarkan sebuah parti perkauman terus berkuasa.

Tukar lah pendirian anda, sokonglah kerajaan Barisan Nasional yang sudah pastinya menjamin keselamatan serta memikirkan hal berkaitan rakyat dan kepentingan rakyat. Lupakan DAP dan PKR, jadikan Pulau Pinang dan Selangor sebagai teladan kesilapan membuat pilihan.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...