Polis menahan ibu kandung dan bapa tiri bayi perempuan itu, serta pasangan suami isteri yang juga pengasuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata, selain pasangan terbabit, pihaknya turut menahan pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada bayi tersebut.
“Kita menahan semua suspek yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun itu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanif berkata, semua suspek direman 7 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bayi perempuan berumur 6 bulan itu meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi tadi selepas dirawat lebih 4 jam di Hospital Seri Manjung, disyaki akibat didera.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Pencakar Langit Thailand Runtuh Akibat Gempa Bumi ...

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini ...

Setel: Kelebihan, Cara Daftar, Bayar Minyak, Mata ...

India Catat Purata Jualan 10 Unit Maybach Seminggu ...