Wujud agenda jahat yang tersembunyi oleh DAP atau pihak pembangkang di sebalik cadangan kerajaan UMNO-BN untuk memperkenalkan undang-undang bagi membendung gejala berita palsu.
Penentangan secara terbuka oleh pihak pembangkang ini adalah bertujuan untuk menghalang kerajaan dengan sokongan rakyat yang telah dibutakan hati dan minda oleh mereka agar boleh meneruskan kegiatan penyebaran maklumat yang berbaur fitnah dan palsu.
Sebelum ini dengan sewenangnya, pihak pembangkang terus melakukan penyebaran melalui ceramah-ceramah yang mereka laksanakan. Penyebaran maklumat dan fakta palsu yang berbaur fitnah dilakukan dengan sewenangnya tanpa sekatan.
Sehingga hari ini difahamkan sebanyak 27 penipuan dan fitnah politik yang dilakukan oleh Rafizi Ramli yang mana hanya beberapa sahaja yang dikenakan tindakan melalui Akta SKMM dan kanun kesiksaan. Diantara fitnah yang dahsyat sehingga menyebabkan industri ruminant yang dimanopoli oleh orang Melayu hancur.
Cadangan kerajaan untuk membuat akta perundangan ini tidak lain bertujuan untuk menghalang budaya fitnah yang amat buruk natijahnya kepada Negara, mempergunakan undang-undang itu sebagai ‘senjata’ baru untuk memberi tekanan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang agar lebih bertanggung jawab dalam berpolitik.
Politik persepsi dan fitnah ini sudah meluasa tanpa sekatan sehingga ianya merosakkan keharmonian kaum dan menganggu ketenteraman awam dan yang paling dasyat lagi ialah berkaitan dengan keselamatan Negara.
Bercakap mengenai isu keselamatan Negara , rakyat terus ingat betapa budaya fitnah ini telah dilakukan oleh pihak pembangkang berkaitan dengan isu tragedi Lahat Datu yang telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan Negara yang dikatakan sandiwara UMNO oleh Pakatan harapan.
Apa yang pasti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim ketika itu seakan membenarkan jentera dakyah tentera siber mereka menularkan dengan giat fitnah menggunakan berita dan fakta ‘palsu’ ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan dan anggota keselamatan.
Politik di Malaysia kini telah dicemari dengan gejala fitnah dan pembohongan fakta secara terancang dilakukan pembangkang. Mereka yang memainkan cerita bohong dan palsu supaya rakyat menolak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN)
Penyebaran berita fitnah memuncak apabila aplikasi media sosial digunakan secara meluas terutama setiap kali menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU).Selepas PRU-13, berita-berita palsu dan serangan fitnah diperhebatkan oleh pembangkang sehingga mengelirukan masyarakat umum.
Fitnah yang kedua paling dahsyat dilakukan oleh pihak pembangkang ialah apabila mereka melancarkan tohmahan dan berita palsu terhadap Datin Seri Rosmah Mansur oleh Rafizi Ramli sehingga ianya menjadi senjata bagi pembangkang untuk mendapat kan sokongan.
Pembangkang termasuk pihak berkepentingan mensasarkan Rosmah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas selain penghinaan dan cacian keterlaluan dan merujuk kepada beberapa siri tohmahan jahat ke atas beberapa pemimpin UMNO / Barisan Nasional yang tersebar luas di media sosial baru-baru ini.
Semua jenis pembohongan, berita palsu dan fakta yang salah ini perlu dikecam keras dan harus dikekang dengan satu system perundangan yang tegas dan ketat agar ianya tidak menjadi barah ke dalam masyrakat yang berbilang kaum dalam Negara ini.
Sebelum kewujudan DAP dan pembangkang yang lain, keharmonian dan kehidupan yang saling percaya dan mempercayai serta saling menghormati menjadi teras keamanan kehidupan dalam negara ini.
Selain itu, serangan serupa turut berlaku dalam pendakwaan kes rasuah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan ketegasan yang sama untuk membenteras amalan rasuah terhadap pemimpin kleptokrat dikalangan pembangkang .
Dalam satu pembongkaran penipuan dan penyalahgunaan kuasa serta fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang adalah menidakkan pembongkaran menteri MCA di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong isu berkaitan terowong dasar laut yang dikatakan oleh pembangkang untuk mensabotaj dan memusnahkan kepercayaan awam kepada DAP dan HARAPAN.
Sedangkan secara nyatanya ianya adalah ditnah terhadap timbalan presiden MCA tersebut yang memberikan fakta yang sebenar melalui serangannya terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang melibatkan projek terowong bawah laut.
Semua tindakan tidak bermoral dan tidak beretika ini merupakan legasi terhebat keluarga Lim serta pembangkang yang dibelenggu dengan gelaran kleptokrasi global akibat skandal puluhan billion yang disiasat oleh SPRM sehingga menyebabkan Malaysia berada di kedudukan tercorot selepas 23 tahun Indeks Persepsi Rasuah diperkenalkan.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini