Get $25 free
loading...

Aurat Wanita Di Sekitar Kemaluannya Sahaja – Nik Elin

Share This:

KITA perlu ingatkan rakyat Malaysia bahawa pakatan pembangkang diketuai DAP dilihat anti Melayu dan anti Islam. Mereka menggunakan berbagai cara untuk melakukan perkara tersebut. Seringkali NGO yang kononnya bebas dan individu-individu tertentu yang pro pembangkang digunakan untuk sentiasa meniup hasutan kebencian terhadap hukum hakam Islam yang didokong oleh orang Melayu khasnya.

Dalam usaha untuk menghina agama Islam , mereka sanggup memetik perkara-perkara yang tidak relevan namun dikaitkan juga semata-mata mahu memburukkan agama Allah s.w.t.

Masihkah anda ingat Nik Elin Zurina Binti Dato’ Nik Abdul Rashid yag mendakwa wanita boleh menjadi imam solat jemaah bagi kaum lelaki di New York. Malah beliau juga membuat suatu pengakuan bahawa beliau telah menghancurkan tradisi wanita Melayu dengan menjadi imam kepada suaminya sewaktu melaksanakan ibadat solat berjemaah.

Perempuan ini tampil mempersendakan Islam sekali lagi dengan  mempertikai pemakaian tudung oleh wanita dan menuduh hukuman Hudud yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan pimpinan PAS sebagai tidak berkesan dan gagal melindungi kaum wanita Kelantan.

Beliau menggunakan hujah lemah dengan mengambil kes seorang penganggur di Kelantan dijatuhkan hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu.

Mungkin Nik Elin lupa bahawa undang-undang Hudud belum lagi dilaksanakan di Kelantan. Hukum menutup aurat pula telah termaktub dalam Al Quran dan Hadis. Perkara tersebut tidak boleh dipertikaikan.

Oleh itu, mengapa Nik Elin ini mahu juga mempersoalkan kewajipan menutup aurat dalam Islam? Adakah wujud “tangan ghaib” yang mahu menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia?

“Berdasarkan maklumat daripada laman internet, mangsa rogol memakai tudung dan ia tetap tidak dapat menghalangnya daripada dirogol dan dibunuh di hadapan anak lelakinya yang berusia 5 tahun.”

“Hudud hanya melibatkan pencurian, minum arak, zina dan saksi palsu. Manakala (hukuman jenayah) membunuh terletak di bawah qisas yang bermaksud, pembunuh boleh mengelak dari hukuman gantung jika keluarga mangsa memaafkannya.”

Kenyataan Nik Elin yang menyebut tentang mangsa sedang memakai tudung dalam rumahnya sewaktu kejadian pecah masuk sehingga menyebabkan mangsa dirogol dan dibunuh yang dianggarkan berlaku pada jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi itu juga diragui kesahihannya.

Beliau dilihat cuba memutar belitkan dan mengubah fakta semata-mata mahu menghasut wanita Islam agar membuka tudung dan menanggung dosa seperti beliau.

Menurut Free Malaysia Today, Nik Elin juga menyelar kerajaan PAS yang dilihatnya sebagai gagal menentukan keutamaan dalam pentadbirannya dan hanya berminat dengan penutupan aurat wanita.

“Masalah dengan PAS adalah, PAS hanya berminat dengan perkara-perkara remeh seperti menutup rambut (aurat) bagi wanita. Itu perkara pertama yang dikuatkasakan selepas PAS memegang kuasa.”

“Perkara-perkara lain seperti hal ehwal ekonomi negeri tidak berapa penting baginya (PAS). Jadi kami (rakyat Kelantan) mempunyai masalah seperti pengangguran yang menyebabkan ramai rakyat terbabit dengan jenayah.”

Nik Elin sebelum ini pernah mendakwa bahawa pelaksanaan hukuman sebat ke atas golongan wanita di Kelantan adalah akibat ketandusan hiburan di negeri itu kerana pusat hiburan di sana tidak banyak dan pemakaian tudung bukanlah perintah Tuhan di samping aurat wanita adalah di sekitar kemaluannya sahaja.

Dari beberapa kenyataan Nik Elin sebelum ini, beliau dilihat sebagai lidah pembangkang diketuai DAP yang sinonim dengan anti Melayu dan anti Islam.

– pru14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...