Persembahan awal pagi tadi, penyanyi Madah Helah,Ziana Zain itu kemudian terdiam seketika membuatkan suasana jadi hening dan penonton jelas mengerti apa yang sedang bermain di fikirannya.
Ziana dikatakan tewas dan tidak mampu menahan kesedihan apabila tiba-tiba menitiskan air mata sambil ditenangkan ramai. Kesedihannya jelas terserlah
Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan membiarkan muzik terpasang. Penonton berusaha membantunya menyanyikan lagu berkenaan.
“I’m strong. Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ dan teruskan kerjaya,” demikian kata Ziana Zain ketika baru memulakan persembahan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini,demikian memetik sumber media.
Terdahulu, Ziana meminta diberikan ruang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.
Armin didakwa pada 6 Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.
Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap anaknya dengan menggunakan rotan.
Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.
Mengimbas kembali pertuduhan ke atas suaminya, perbuatan itu dikatakan dilakukan di rumahnya di Denai Alam pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Tindakan Ibu Bapa Hantar Anak-anak Semata Untuk Ku ...

Genesis X Gran Coupe Dan X Gran Convertible Concep ...

Lancar Duet Raya Dengan Anak, Sharifah Zarina Teru ...

Volkswagen Bangunkan Amarok 2027, Khusus Untuk Ame ...