Get $25 free
loading...

Lelaki dipercayai penggal kepala isteri didakwa membunuh

Tertuduh didakwa membunuh isterinya warga China yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Gambar Facebook.

KUCHING: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman, kira-kira 280km dari sini, atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga seorang warga China.

Menurut kertas pertuduhan, Wong Zing Haw, 41, didakwa membunuh Yan Xi, 31, antara 25 Februari dan 3 Mac lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam, demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, mahkamah menetapkan 23 April untuk sebutan semula kes.

Pada 3 Mac lepas, polis menemui bahagian kepala seorang wanita di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait Sri Aman.

Susulan itu, polis menahan suami wanita berkenaan.

Semalam, Dev dalam satu kenyataan berkata polis masih belum menemui bahagian tubuh wanita berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu berkahwin pada 2011 dan mempunyai dua anak.

Polis Sarawak tahan petani tular video penggal kepala di Facebook

Polis Sarawak siasat video penggal kepala di Facebook 


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...