Get $25 free
loading...

Lelaki didenda RM7,000 simpan bahan lucah dalam telefon bimbit

Pekerja kilang itu memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya 2 tahun lepas.

IPOH: Seorang pekerja kilang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya 2 tahun lepas.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman ke atas KK Ravi, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang mengandungi video dan gambar lucah di Hotel Bajet Ipoh, September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 bulan jika tidak membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan menjijikkan.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chiang Mei Wan yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah meringankan hukuman ke atas tertuduh kerana kesalahan itu pertama kali dilakukannya dan dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...