Get $25 free
loading...

Tawaran Pakatan Harapan Bekal Air Percuma Di Johor Adalah Satu Janji Palsu

Share This:

Tawaran Pakatan Harapan untuk memberikan bekalan air percuma kepada rakyat Johor hanya merupakan satu lagi janji palsu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, berkata pembangkang hanya pandai memberikan janji namun gagal menunaikannya, seperti yang berlaku di negeri Selangor.

“Dulu janji air percuma di Selangor sekarang tak ditunaikan malah sekarang rumah saya sendiri di Taman TAR tidak ada air,” katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Katanya rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan manifesto pembangkang itu dan akan terus bersama Barisan Nasional yang berupaya menunaikan segala janji.

Pakatan pembangkang dilapor menawarkan bekalan air percuma kepada rakyat Johor seperti di Selangor jika rakyat negeri itu memilih pakatan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara lima kelemahan besar yang gagal ditangani Kerajaan Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat daripada pakatan pembangkang.

Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan, beliau berkata kelemahan lain kerajaan negeri ialah mengenakan cukai yang membebankan rakyat negeri ini, pengurusan sampah yang lemah dan gagal menguruskan sungai dengan baik sehingga membawa kepada peningkatan penyakit berjangkit.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...