Kakak mangsa terkejut melihat bapa mereka sedang menindih badan adiknya di bilik mangsa.
Harian Metro memetik Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Raub Selamat sebagai berkata mangsa kurang upaya itu dan kakaknya, masing-masing berusia 14 dan 19 tahun tinggal bersama bapa mereka berusia 50 tahun di sekitar Segamat.
Bagaimanapun kakak mangsa tidak menyedari adiknya tidak ke sekolah sehingga dimaklumkan pihak sekolah.
“Pihak pentadbiran sekolah menghubungi kakak mangsa selepas bapa kandung mangsa yang turut dihubungi tidak memberi kerjasama bagi membantu masalah kedatangan sekolah mangsa.
“Kira-kira 2.00 petang pada 20 Mac lalu, kakak mangsa yang berada di sekolah, dimaklumkan mengenai keadaan adiknya menyebabkannya dia terus pulang bagi memeriksa sendiri keadaan adiknya sebelum terkejut apabila melihat bapa mereka sedang menindih badan adiknya di bilik mangsa,” katanya.
Bertindak atas laporan yang dibuat kakak mangsa dan saudaranya, lelaki berstatus duda kematian isteri itu ditahan dan kini disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram.
Raub berkata hasil pemeriksaan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan lama dan baharu di bahagian alat sulit mangsa.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Pulas Telinga Hingga Cedera, Pengetua Tadika Diden ...

Ratu Cantik Somalia, Khadija Omar, Umum Tidak Lagi ...

Hati Yang Kering Dan Karat, Apa Sebabnya? ...

Treler Membawa Muatan 20,240 Kg Beras Seludup Dira ...