Get $25 free
loading...

BN Selangor janji ganjaran 20 sen untuk pengguna bawa beg sendiri

Noh Omar berkata, dasar pengharaman beg plastik akan diteruskan di Selangor dengan caj 20 sen dikenakan kepada pengguna yang memerlukan beg plastik, jika BN menang di Selangor pada PRU14.

Noh Omar (tengah) berkata, BN akan bersikap adil kepada pengguna yang membawa beg dan sebaliknya, berbanding kerajaan Selangor hari ini yang hanya tahu menghukum dan denda orang ramai.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan menghapuskan dasar pengharaman beg plastik, sebaliknya pengguna yang membawa beg sendiri ketika membeli-belah akan diberi ganjaran 20 sen, jika parti itu menang di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berjanji caj 20 sen untuk membeli beg plastik akan diteruskan, jika tampuk pemerintahan Selangor bertukar tangan.

“Kalau Selangor kita menang, kita akan teruskan kaedah untuk kurangkan beg plastik ini, tetapi caranya berbeza.

“Kerajaan hari ini hanya tahu menghukum dan denda. Kita akan adil, iaitu yang tidak bawa akan dikenakan 20 sen, macam biasa diteruskan, tetapi yang bawa beg plastik, kita akan beri ganjaran, barulah adil,” katanya pada sidang media di luar Dewan Rakyat, hari ini.

Kerajaan Selangor sedia ada mula mengenakan caj 20 sen bagi beg plastik mulai 1 Januari 2017 dan jumlah kutipan mencecah RM1.87 juta setakat Julai 2017.

Pada 18 Februari lalu, Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Satim Diman dilaporkan berkata caj 20 sen untuk beg plastik akan dihapuskan, jika BN menang di Selangor pada PRU14.

Banyak organisasi dan parti politik yang tidak sependapat dengannya berkata, kemudahan untuk pembeli tidak patut memudaratkan alam sekitar.

Noh yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan yakin pelaksanaan dasar itu untuk jangka panjang mampu mengubah amalan rakyat untuk bersama menjaga alam sekitar.

“Suatu masa nanti, saya yakin ia akan jadi suatu cara hidup. Kita kena adil kepada yang bawa dan yang tidak bawa.”

Katanya, wang untuk membayar ganjaran 20 sen itu akan diambil daripada tabung kutipan pengguna yang membeli beg plastik.

“Sejak ia dilaksanakan, sebanyak RM1.8 juta sudah dikutip, jika pendapatannya RM1.8 juta, berapa juta pula beg plastik sudah terjual, hampir 9 juta beg plastik,” katanya.

Noh berkata, ini jelas menunjukkan program diperkenalkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidak berjaya kerana ia hanya menguntungkan penjual beg plastik.

“Adakah kempen ini berjaya? Bagi saya, ia tidak berjaya. Yang berjaya siapa? Yang jual plastiklah untung, kemudian duit ini (digunakan) untuk apa?” soalnya.

Selangor haramkan beg plastik mulai 2017, kata exco


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...