Sebaik sahaja kapal mewah yang kononnya milik Ahli Perniagaan, Jho Low yang bernama Equaminity ditahan di Bali, ianya disambut dengan penuh meriah oleh pihak pembangkang. Semua orang cuba mengaitkan kapal ini dengan 1MDB sehingga ada yang tergamak membuat status palsu di laman sosial mendakwa, wang RM 1 bilion ditemui di dek kapal berkenaan.
Menariknya, gambar berkenaan pantas ditularkan oleh para penyokong dan pemimpin pembangkang kononnya wang berkenaan memang sah wujud di dalam kapal berkenaan. Tidak cukup dengan itu, pelbagai versi dicipta hanya untuk mengesahkan gambar edit dan palsu berkenaan.
Hakikatnya, apa yang berlaku, jelas sebaliknya. Selain daripada menyoal siasat kapten kapal layar mewah berkenaan, laporan yang mendakwa kononnya terdapat RM 1 bilion di dalam kapal berkenaan, rupanya hanyalah satu fitnah semata-mata.
Manakan tidak, pihak berkuasa Indonesia sendiri mengesahkan bahawa gambar yang ditularkan oleh pembangkang di Malaysia itu adalah gambar palsu. Malah, pihak berkuasa Indonesia sendiri mendakwa, gambar berkenaan bukan dari mereka sebaliknya ia disebarkan oleh para penyokong pebangkang di negara ini.
Sekali lagi helah dan penipuan mereka terbongkar hanya semata-mata mahu mengaitkan 1MDB dengan penahanan kapal berkenaan. Malah, mereka kelihatan seperti terlalu terdesak sehingga sanggup mereka-reka fitnah demi mahu mengheret semula 1MDB kedalam kancah politik kotor mereka. Walhal, apa yang berlaku jelas berlawanan dengan apa yang mereka dakwa.
Mari kita renungkan sejenak wang yang kononnya berada di dalam dek kapal mewah berkenaan. Seandainya benar wang RM 1 bilion ditemui di dalam dek berkenaan, jumlahnya bukan sebegitu banyaknya. Pastinya, susunan wang yang berlapis-lapis berkenaan berada mungkin dalam 10 bungkus besar yang mana ianya diambil pada skala RM 10 juta setiap satu bungkusan besar.
Namun, apa yang ditularkan oleh penyokong pembangkang, hanyalah 1 bungkusan besar yang mana, jika kita mengambil sedikit masa untuk melakukan semakan atau carian di laman sesawang Google, kita akan menemui jawapannya.
Sebenarnya, gambar wang berkenaan adalah gambar wang olok-olok yang digunakan dalam salah satu scene filem yang pernah menjadi tular satu ketika dahulu. Memang melucukan apabila melihat bagai mana penyokong pembangkang terutamanya Pakatan Harapan begitu terdesak mencari isu hanya semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan pembangkang hari ini sebenarnya lebih banyak memerangkap diri mereka sendiri. Mereka benar-benar ketandusan isu yang boleh dijadikan momentum untuk mereka mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 dan menumbangkan BN secara keseluruhannya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini