Get $25 free
loading...

Manifesto Gagasan Sejahtera mesra bukan Islam, Kata PAS

Walaupun diterajui PAS, Gagasan Sejahtera selarikan manifesto dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-fmtKUALA LUMPUR: PAS mengumumkan Gagasan Sejahtera (GS) akan membentangkan manifesto mesra bukan Islam pada pilihan raya umum ke-14, bagi menyaingi manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata manifesto itu mahu menarik sokongan pengundi bukan Islam kepada gabungan yang diterajui PAS itu.

“Isu utama yang dihadapi rakyat adalah isu kos sara hidup, isu keselamatan dan perpaduan nasional. Kita anggap isu teras meliputi semua rakyat, Islam dan bukan Islam.

“Kita perlu bina sebuah Malaysia yang sejahtera tanpa kira agama dan bangsa. Kita harap tawaran yang kita buat nanti mampu untuk tarik pengundi bukan Islam kepada Gagasan Sejahtera,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Bertemakan “Malaysia Sejahtera”, manifesto ini merencanakan 9 teras utama iaitu:

1) Membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada rasuah.

2) Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru kepada rakyat.

3) Usaha untuk meredakan kesan peningkatan inflasi kepada rakyat, dan kenaikan kos sara hidup.

4) Mengurangkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

5) Meningkatkan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal indah yang cemerlang.

6) Mengharmonikan sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah.

7) Mengukuhkan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.

8) Memerkasakan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan dekorasi.

9) Menambahbaik keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.

Beliau juga berkata manifesto GS juga tertumpu pada isu golongan muda.

“Kita ada beberapa sasaran antaranya pengundi 40 tahun ke bawah, antara isu mereka adalah kos sara hidup, pendidikan, isu perumahan rakyat. GS akan letakkan asas keutamaan membina manifesto kepada 30% generasi muda,” katanya.

Ditanya mengenai agenda Islam dalam manifesto ini memandangkan gabungan itu diterajui PAS, Tuan Ibrahim berkata GS mengambil pendekatan untuk selarikan manifesto ini dengan perlembagaan PAS dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menambah manifesto ini akan dilancarkan dan dihuraikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 18 Mac ini di Cyberjaya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohamad Zuhdi Marzuki menyifatkan manifesto GS “berimpak tinggi”.

“Kita tawar secara langsung dan kita akan senaraikan sasaran yang tepat seperti nelayan, petani dan graduan,” katanya.

Minggu lalu, Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam.

Manifesto PH janji 10 perkara, beban rakyat ringan dalam 100 hari


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...