Get $25 free
loading...

Kata Pilihan Raya Negara Ini Penuh Kotor Tapi Dia Sibuk Pula Mahu Bertanding?

Share This:

Siapa dapat melupakan bagaimana Maria Chin Abdullah mengetuai sebuah NGO, BERSIH mengadakan 5 siri demo di ibu negara. Bermula pada tahun 2007 dan kali terakhir diadakan pada tahun 2016, kesemua siri demo ini mendakwa, sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini penuh dengan kekotoran dan ketidak adilan.

Dalam penggal ini sahaja, sudah 3 siri demo BERSIH diadakan yang mana kesemua demo ini mendapat sokongan dan dokongan daripada pihak pembangkang. Bukan satu rahsia apabila deretan pemimpin pembangkang hadir memberikan ceramah di pentas yang disediakan oleh pihak penganjur. Malah, ada laporan mendakwa, siri demo ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

Namun begitu, secara tiba-tiba wanita yang menuduh kerajaan menekan pembangkang, mengamalkan sistem pilihan raya yang kotor dan tidak adil dan macam-macam lagi, menawarkan diri untuk bertanding atas tiket pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang. Bukankah sebelum ini Maria mendakwa, diridan NGOnya berdiri atas kapasiti bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik?

Paling melucukan, jika dia sendiri selama bertahun-tahun melemparkan tuduhan kononnya sistem pilihan raya di negara ini kotor dan tidak adil, kenapa pula dia sanggup menawarkan diri untuk bertanding? Adakah dia merelakan dirinya turut dipaliti kekotoran yang direka-reka olehnya?

Benar-negara ini merupakan negara yang bebas dan sesiapa sahaja berhak untuk menawarkan diri untuk menjadi calon kepada mana-mana parti. Namun, apa yang dilakukan Maria sehingga sanggup meletakkan jawatan sebagai Pengerusi NGO BERSIH hanya semata-mata untuk bertanding setelah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap kerajaan dan SPR, memang sesuatu yang melucukan.

Ianya seolah-olah meludah kelangit di mana ludahan itu kembali melekat kewajahnya sendiri. Mana mungkin Maria dapat menutup keinginan berpolitiknya setelah menempuh 5 siri demo BERSIH di ibu kota. Tambahan pula, hubungan eratnya dengan majoriti pemimpin pembangkang menampakkan bahawa dia semamangnya mempunyai cita-cita politik yang cukup tinggi.

Mujur juga rakan karibnya, Datuk S Ambiga menolak untuk bertanding sama atas alasan peribadi. Jika tidak, maka lengkaplah penghijrahan NGO BERSIH kepada parti politik pro pembangkang. Apa yang pasti, laluan Maria untuk bertanding bukan sudah disahkan. Namanya akan dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan kerana difahamkan, Pakatan Harapan sudah melengkapkan kesemua 222 orang calon mereka.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...