Get $25 free
loading...

PAN Dan PPBM Sama Sahaja Pecah Belahkan Melayu

Share This:

Baru-baru ini, Presiden Parti Amanah Negara (PAN),Mohamad Sabu mempertikaikan mengapa hanya AMANAH sahaja yang membawa perpecahan kepada Melayu.

Sebenarnya, PAN dan PPBM dilihat sama sahaja pecah belahkan melayu.Jika dilihat sejarah penubuhannya pada tahun Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan setelah beberapa orang pemimpin tertinggi PAS di laporkan kecewa akibat kekalahan pemilihan tertinggi parti pada Muktamar PAS kali ke 61.

Pada tahun 2016 pula menyaksikan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan hasil daripada pemberontakan dalaman UMNO yang menyaksikan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Shafie Apdal serta sebilangan kecil ahli UMNO meninggalkan UMNO.

PAS merupakan parti Islam 100 peratus dipecahkan melalui PAN supaya ahli PAS dapat memecahbelahkan PAS dan UMNO juga dipecahkan melalui PPBM.

Malangnya, kedua-dua buah parti berkenaan telah menjadi antara parti komponen utama Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Lebih menarik untuk di perkatakan adalah, DAP sebenarnya telah berjaya menubuhkan sebuah parti politik Melayu yang berteraskan fahaman yang diamalkan oleh DAP. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Amanah Negara.

Mereka mungkin boleh berselindung disebalik lambang ataupun penampilan mereka di khalayak umum namun, mereka tidak boleh menafikan bahawa apa jua tindakan PAN hari ini adalah atas perkenan DAP.

Menurut sumber dalaman mengatakan,ia juga menyifatkan kewujudan dua parti politik baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebagai alat DAP untuk memecah-belahkan parti orang Melayu, khususnya UMNO dan PAS.

Justeru, bukan satu perkara yang pelik apabila ada pihak yang melabelkan PAN adalah “budak suruhan” DAP. Namun, disebalik label berkenaan, PAN juga dikatakan bayangan DAP di dalam kaum Melayu yang bertujuan untuk meraih undi Melayu disamping menambah perpecahan di kalangan orang Melayu, sama seperti apa yang dilakukan oleh PKR dan PPBM hari ini.

Akhirnya semua ini akan menjadi proksi kepada DAP dan usaha memecahbelahkan parti yang didominasi orang Melayu  apabila cuba menarik seramai mungkin ahli lain termasuk pemimpin-pemimpin parti berkenaan ke dalam parti baharu itu.

Tambahan lagi, PPBM dan PAN juga dikatakan tidak mempunyai asas perjuangan yang jelas sebaliknya ditubuhkan atas dasar tidak puas hati serta untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...