Get $25 free
loading...

800 pelancong, petugas terkandas di Gunung Machincang

Mereka terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami kerosakan sejak lewat petang tadi.

skycab-3LANGKAWI: Kira-kira 800 orang pelancong dan petugas terkandas selepas sistem kereta kabel Langkawi SkyCab di sini mengalami kerosakan sejak lewat petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Kedah Penguasa Mohamad Mustakim Mukhtar berkata 50 orang daripada mereka berada di dalam kereta kabel manakala selebihnya berada di stesen puncak pertama di Gunung Machinchang yang setinggi 713 meter itu.

Beliau berkata sepasukan 16 orang petugas bomba Langkawi yang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisham Ibrahim bergegas ke tempat kejadian di Oriental Village, Teluk Burau selepas dimaklumkan tentang kejadian itu pada 6.53 petang tadi.

“Setibanya di tempat kejadian pada 7.06 malam, pasukan itu membantu pekerja syarikat kereta kabel untuk membawa alat ganti ke stesen puncak pertama dengan cara mendaki gunung itu,” katanya.

Menurutnya kerosakan itu dijangka dapat dibaiki dalam tempoh 2 hingga 3 jam.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...