Get $25 free
loading...

Wanita Dibakar Suami Kerana Cemburu Meninggal Dunia di Hospital Melaka

Seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek telah dibakar hidup-hidup akibat cemburu di Taman Krubong Permai, Melaka 29 April lepas.

Portal Bernama melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai S.Vijeyyenthi, 39 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi semalam akibat melecur kira-kira 70 peratus melibatkan anggota badan dan muka.

“Kes berkenaan yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dipinda ke Seksyen 302 KK iaitu menyebabkan kematian dan suspek masih direman untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecedaraan parah,” – ACP Mohd Nor Yhazid Idris

Pada 30 April lepas, media melaporkan seorang wanita dibakar oleh suaminya menggunakan minyak petrol yang diambil daripada tangki motosikal milik mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...