Get $25 free
loading...

Mitsui Outlet Park Buat Sale 90%, Jualan 3 Hari Nike Storewide Dan Ganjaran Hebat Bernilai RM500,000 Sempena Hari Raya

Raya datang lagi. Tibalah seluruh alam ini mencari-cari tempat membeli keperluan raya dengan tawaran harga yang terbaik.

Sebut je nama Mitsui Outlet Park pasti ramai kaki ‘shopping’ yang dah tak senang duduk mendengarnya.  Mana taknya, Mitsui Outlet, sebuah pusat membeli-belah dengan rangkain 50 jenama terkenal seluruh dunia seperti Nike, Adidas, Pandora, Poney, Cotton On, Clarks dan pelbagai kedai barangan berjenama tak lupa juga kedai barangan kanak-kanak sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.


Nak bagitahu, Mitsui Outlet Park sekali lagi menawarkan harga terlajak murah untuk korang sempena hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi.

Bukan nak tipu ya, tapi kali ni memang betul-betul gempak diskaun dan hadiah yang menarik menanti setiap pengunjung ke Mitsui Outlet Park sepanjang promosi ini.  Apa yang bestnya, diskaun sehingga 90% diberikan buat korang semua untuk membeli barangan keperluan Hari Raya yang sekaligus memberi penjimatan berkali-kali ganda.


Selain diskaun 90%, korang juga berpeluang menikmati rebat tunai, cashback bagi setiap pembelian RM200. Banyak tu. 

Bila ni? Tak sabar dah kan?

Promosi ini bermula daripada:

  • 18 sehingga 22 Mei
  • 25 sehingga 25 Mei
  • 5 hingga 6 Jun 
  • 8 hingga 9 Jun 2019
Tak cukup lagi diskaun 90% dan rebat tunai, Mitsui Outlet Park turut menghadiahkan sebanyak 12 biji motosikal jenis Vespa dan Honda untuk para pengunjung yang berbelanja maksimum sebanyak RM300 dalam 2 resit. Ingat, 2 resit ya. Bagi peraduan menang motorsikal ni, tarikh promosinya bermula dari 1 Mei hingga 9 Jun 2019.  




Jadi, korang ada banyak masa lagi nak rancang apa yang ingin diborong dekat Mitsui nanti, sekaligus layak menyertai tawaran yang diberikan.
         
Dah shopping banyak-banyak tu tak kan tak beli untuk orang-orang tersayangkan? Begitulah konsep yang cuba diterapkan oleh Mitsui Oulet Park apabila dorang juga membuat jualan khas buat ahli keluarga dan sahabat-handai.  Kira macam nak cantik sama-sama la Raya nanti. Tak kan nak cantik sorang-sorang, ye dak? Promosi ini bermula pada 18 Mei sehingga 22 Mei 2019 nanti ya.


Buat penggemar barangan sukan terutamanya bagi jenama Nike, ini untuk korang. Nike Mitsui Outlet Park KLIA Sepang membuat promosi besar-besaran pada 17 Mei hingga 19 Mei dengan potongan sehingga 30%. Siapa nak bagi diskaun banyak macam tu? Ingat senang ke Nike nak buat diskaun?



Sudahlah bagi macam-macam promosi, Mitsui Outlet Park ni bagi lagi percuma bayaran parking untuk korang.  Korang juga boleh cuba bermain permainan Spin &  Win untuk menangi pelbagai hadiah menarik.


Oleh itu, jangan tunggu lama-lama. Gaji dah masuk kan? 

Untuk maklumat lanjut layari website atau Facebook rasmi Mitsui Outlet KLIA Sepang.


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...