Get $25 free
loading...

“Saya Sangat Sayangkan Dia, Sebab Tu Saya Mahu Dia Mati” – Wanita Duduk & Hisap Rokok Selepas Tikam Kekasih

Seorang wanita berusia 21 tahun ditangkap oleh polis kerana cuba membunuh teman lelakinya selepas dia menikam menggunakan pisau berkali-kali pada bahagian perut mangsa.

Menurut Tokyo Reporter, kejadian berlaku pada Khamis, 23 Mei di apartmen kediaman di Tokyo, Jepun milik suspek yang dikenali sebagai Yuka Takaoka itu.

Selepas menikam teman lelakinya, lebih kurang jam 4 petang, Takaoka menghubungi pihak polis memberitahu bahawa dia telah menikam perut teman lelakinya.

Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lelaki itu terbaring di atas lantai berlumuran dengan darah, manakala suspek ditemui duduk bersebelahan dengannya sambil menghisap rokok dan menelefon seseorang.

Menurut Japan Today, Takaoka menjelaskan kepada polis bahawa dia merancang untuk membunuh teman lelakinya terlebih dahulu sebelum membunuh diri.

“Saya sangat sayangkan teman lelaki saya, tetapi saya tidak dapat menolongnya. Selepas membunuh dia, saya juga mahu mati” – Yuka Takaoka

Berhubung dengan kejadian itu, mangsa masih berada di hospital dalam keadaan kritikal manakala Takaoka berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut yang masih dijalankan.

Jika anda ingin melihat gambar yang uncensored, bolehlah klik pautan foto 01 dan foto 02.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...