Get $25 free
loading...

Michael Ang Peluk Islam, Adam Corrie Menitis Air Mata

Semalam dunia seni hiburan dikejutkan dengan berita dan video perakuan pengarah drama dan filem terkenal, Michael Ang yang telah mendedahkan bahawa dia telah memeluk Islam setahun yang lepas.

BACA : “Aku Mengaku Buat Kat Bangkok RM2000 Aje”

Ramai peminat, netizen dan rakan artis mengucapkan syukur termasuklah rakan artis Cina Muslim iaitu Adam Corrie, yang telah memuat naik status di Instagram mengucapkan tahniah kepada selebriti tersebut.

Melalui instagram akaun Adam Corrie, dia memberitahu tidak mampu berkata apa-apa namun hanya mampu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima berita tersebut.

“Alhamdulillah .. alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur Tak terkata . Menitis air Mata Saya dpt khabar berita ini. Selamat kembali wahai Saudara ku. – tulis Adam Corrie di Instagram”

Status Adam Corrie di Instagram itu telah mendapat pelbagai respon daripada peminat yang turut terharu mendengar berita penghijrahan Michael Ang yang dirahsiakan semenjak tahun lalu.

Alhamdullillah, bertambah lagi saudara Islam kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...