Dua beradik menghentak kepala bapa mereka sehingga mati dalam satu pergaduhan kerana berebutkan harta di sebuah rumah di Taman Bercham Sinar, Ipoh semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai R Pardeep Kumar, 56 tahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans sebelum ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan.
BACA : Bapa Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Guna Kapak Sampai Mati
Pada mulanya suspek berusia 21 dan 20 tahun itu mendakwa bapanya terjatuh dari katil tetapi doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa yang berpunca akibat hentakan.
Kejadian kira-kira 7 malam itu menyebabkan abang kepada suspek kemudiannya membuat laporan polis dan mengesyaki bapanya itu dipukul dua adik lelakinya sehingga tidak sedarkan diri.
Menurut Sinar Harian, abang suspek mendedahkan punca dua beradik itu melakukan perbuatan tersebut kerana berebutkan harta memandangkan mangsa bekerja sebagai peniaga.
Bukan itu sahaja, malah mangsa pernah mengadu yang kedua-dua suspek selalu memukul dan mencuri wang simpanannya.
Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk teruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.