Get $25 free
loading...

Bengang Tidur Terganggu Dengan Bacaan al-Quran, Lelaki Ini Tikam Imam Sedang Mengaji

Gara-gara tidur terganggu dengan bacaan al-Quran, seorang lelaki tergamak menikam seorang imam di Masjid Kampung Apal, Jerteh, pagi tadi menyebabkan mangsa berusia 37 tahun itu mengalami cedera akibat tikaman dan menerima tujuh jahitan di kiri dadanya.

BACA : Tikam Kemaluan Teman Wanita Suami, Isteri Dipenjara 8 Tahun

Menurut portal MyMetro, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika mangsa membaca al-Quran di ruang solat masjid dan suspek datang dari arah belakang terus menikam dada mangsa menggunakan objek tajam dan melarikan diri.

Mangsa sebenarnya imam di sebuah surau di Kertih, Chukai dan pulang ke daerah ini kerana menguruskan jenazah ayahnya yang meninggal dunia kelmarin telah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.

Suspek yang merupakan penganggur berusia 23 tahun itu dipercayai positif methamphetamine dan berjaya ditahan tidak lama kemudian danpisau yang digunakan untuk menyerang mangsa turut dirampas.

Suspek juga mempunyai rekod lampau dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Video suspek tikam imam sedang mengaji berjaya ditangkap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...